Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abu Tamam bin Indera Muda dari Kampung Terlak, Minangkabau, Sumatera Barat. Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Brunei dan berakhir di Kg Laut / Sg. Pinang, Kelantan. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak di Kelantan:
Ujian akan dijalankan selepas tiga bulan dan murid yang lulus akan menerima bengkung hijau dan layak untuk meneruskan ke peringkat ketiga.
Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abu Tamam bin Indera Muda dari Kampung Terlak, Minangkabau, Sumatera Barat. Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Brunei dan berakhir di Kg Laut / Sg. Pinang, Kelantan. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak di Kelantan:
- Allahyarham Alimuda bin Abu Tamam / Isteri: Allahyarhamah Salbiah bte Hj. Akib (meninggal di Kota Bharu), dan;
- Pn Hasnah bte Abu Tamam, yang kini berada di Trengganu.
Beliau telah menurunkan silat ini kepada Harun bin Daud yang berasal dari Kampung Puteh, Kelantan. Harun telah mewariskan silat ini kepada Haji Ismail bin Yusof yang dikenali sebagai Pak Mail Ayer Lanas dan Mohamad Yusof yang dikenali sebagai Pak Mat Ayer Puteh.
Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mohd Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.
Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mohd Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.
Peringkat Pelajaran
Latihan Silat Terlak sehingga tamat memakan masa 1 hingga 2 tahun dan mengandungi 4 peringkat:-- Perinkat Asas
- Peringkat Kedua (Bengkung Hijau)
- Peringakat Ketiga (Bengkung Kuning)
- Peringkat Keempat (Bengkung Merah)
Peringkat Asas
Pada peringkat ini murid akan dilatih selama tujuh hari berterusan.
Murid akan diajar jurus disamping falsafah dan kegunaan praktikal
pelajaran. Pada hari ketujuh, murid akan diuji. Murid yang berjaya
melepasi ujian tersebut akan dianugerahkan gelaran Ahli Pewaris oleh
Majlis Gurulatih. Hanya murid yang lulus sahaja layak untuk meneruskan
ke Peringkat Kedua.
Peringkat Kedua
Peringkat ini mengambil masa tiga bulan untuk tamat. Murid akan diajar teori dan praktikal Silat Terlak dari segi asas silat, buah silat, seni, jurus dan asas permainan senjata. Selepas di ajar langkah, tepisan, elakan dan buah pukul tangan dan kakai, murid akan diajar permainan senjata pisau, tongkat, parang dan keris.Ujian akan dijalankan selepas tiga bulan dan murid yang lulus akan menerima bengkung hijau dan layak untuk meneruskan ke peringkat ketiga.
Peringkat Ketiga
Peringkat ini adalah sambungan peringkat kedua dan murid penekanan diberikan kepada kemahiran pelajaran terdahulu seperti jurus tangan dan kaki serta kepimpinan. Murid akan dilatih untuk memimpin kelas. Pada kebiasaanya latihan pada peringkat ini akan mengambil masa 4 bulan. Selepas ujian, murid yang lulus akan menerima bengkung kuning.Peringkat Keempat
Ini adalah peringkat terakhir latihan. Pada peringkat ini murid akan diajar 44 buah yang berkait dengan 4 unusr iaitu, angina, api, air dan tanah. Pada peringkat ini aspek kerohanian juga ditekankan. Selepas ujian dijalankan, murid yang berjaya akan menerima bengkung merah dan pada murid yang layak menjadi jurulatih akan menerima bengkung hitam.
JANGAN
LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA
KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You
1 comment :
Adakah silat terlak 4 sama dgn silat terlak Selangor?
Post a Comment