Silat Bongsu
Seni Silat Bongsu merupakan versi silat terakhir dalam rumpun Seni Silat bagi perguruan yang dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia.
 Ia sebagai kayu pengukur utama pesilat & menjadi kunci setiap 
peringkat gelanggang. Silat Bongsu mestilah dikuasai dan dijadikan 
pakaian diri, kebiasaan atau tabiat semulajadi ketika bersilat. Ini 
penting bagi menghayati kaedah lanjutan yang lebih halus dan rumit 
diperingkat yang berikutnya. Seni Silat Bongsu boleh diambil sebagai 
kaedah untuk senaman/regangan, asas bersilat, perubatan/kesihatan atau 
asas kesenian. Tekniknya bersifat sebagai 'Seni Silat', Sendi Silat', 
'Ibu Silat', 'Ibu Gerak' atau 'Ibu Langkah'. Ia juga amat kaya dengan 
pelbagai falsafah pendekar yang mesti dihayati bagi meningkatkan 
kefahaman & kemahiran persilatan.
Kaedah
Langkah dan buah disini masih telus dan lurus biar pun hakikatnya nama 
langkah bukan menunjukkan kegunaan sebenar kaedah. Keserasian langkah 
kanan dan kiri diasah dari awal untuk dilazimi. Terdapat dua teknik 
amalan langkah disini, kaedah bongsu yang ringkas dan kaedah tua yang 
rumit dan terperinci. Pada permulaannya kaedah asal Bongsu akan 
digunakan dan sampingannya nanti kaedah tua akan diajar. Kaedah tua 
dilengkapi dengan pelbagai teknik halus seperti pernafasan, gerak halus,
 penumpuan dan beberapa teknik seni halus yang lain. Walau pun Seni 
Silat Bongsu amat ringkas dari aspek tekniknya, namun ia penuh dengan 
pelbagai rahsia kependekaran yang ampuh.
Seni
Terdapat Bunga Bongsu sebagai pelajaran terakhir dalam Seni Silat Bongsu
 yang berfungsi melatih kreativiti tetapi dalam masa yang sama mestilah 
mematuhi asas-asas wajibnya. Bunga Bongsu juga dipersembahkan sebagai 
pertunjukan Silat Pengantin untuk keramaian. Seni Bunga Bongsu mendidik 
pesilat agar tinggi disiplin tetapi tidak mati akal, pemula mendidik 
fikir pendekar; tidak mati arah, tindakan menepati matlamat; tidak mati 
langkah, rapi tidak sumbang pada sembah; tidak mati gerak, kepelbagaian 
berkesinambungan dan tidak mati gaya, indah tari tampak bersungguh. 
Semuanya ini mesti dihayati. 
JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM
BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the
advertisment. Once is enough. thank You 


 
No comments :
Post a Comment