Allahyarham Tuan Guru Pak Mat Pinang
Beliau merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan
dan terlibat di dalam gerakan bersenjata tentera Sabil Selendang merah
di Sungai Manik, Perak. Merupakan orang yang dihormati semua bangsa
ketika hidupnya, menghabiskan sisa kehidupan dengan menjadi nelayan,
beliau mempunyai kepakaran didalam menangkap ketam sehingga turut di
kenali dengan nama Pak Mat Ketam, Gelaran Mat Pinang diberikan ketika
allahyarham berada di Sg. Manik. Allahyarham Guru telah menurunkan ilmu
Silat & ilmu kerohanian kepada Pak Guru Hashim Ahmad. Segala ilmu
yang disampaikan kemudiannya Pak Guru Hashim jadikan ilmu teras di dalam
adat, tari serta kuncian didalam pelajaran Seni Silat Gayung Penggerak.
Ayahanda Pak Guru Hashim Ahmad
Merupakan pengasas dan Guru Utama Seni Perguruan
Silat Gayung Penggerak. Anak Jati Teluk Kumbar, dilahirkan dan
dibesarkan dari keluarga Petani & Nelayan. Mempunyai susur galur
keturunan arab dan kerabat diraja Kedah. Beliau menggabungkan ilmu-ilmu
persilatan yang dipelajarinya dengan mengambil Silat Pak Mat Pinang
sebagai ilmu teras perguruan.
Sekilas mengenai SPSGP
SPSGP
merupakan sebuah perguruan kecil silat yang masih bergerak aktif di
Pulau Pinang. Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak (SPSGP) diasaskan
pada tahun 1970, bertempat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ianya
diasaskan dan diterajui oleh Guru Utama Pak Guru Hashim bin Ahmad dari
awal penubuhannya sehingga kini. SPSGP adalah himpunan gerak yang
terhasil dari permainan 4 aliran silat. Tahun 2010, genaplah usia SPSGP
yang ke 40 tahun . Perguruan ini hanya mempunyai gelanggang di sekitar
barat daya pulau sahaja.
Adapun perkataan 'GAYUNG'
digunakan di dalam nama perguruan SPSGP, haruslah diketahui bahawa nama
tersebut tidak melibatkan Permainan Gayong yang dibawakan oleh Dato Meor
Rahman,Pengasas dan Mahaguru Silat seni Gayong Malaysia. Kita semua
tetap didalam rumpun silat melayu, Kesamaan gerak mungkin secara
kebetulan sahaja...
"Ilmu itu tiada penamat selagi kita mencarinya, Siapa cepat dia dapat, siapa nak dia tunggu. Yang Baik ditatang,Yang Jahat Ditentang"
JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG
INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment.
Once is enough. thank You
2 comments :
Tuliskan lah lokasi alamat penuh di mana silat ini boleh dipelajari.
Assalamu'alaikum
Muara pecah dayung ke tepi,
Terkena pantai diketuk kemudi;
Antara lincah gayung dan hanafi,
Yang mana sesuai untuk srikandi.
Post a Comment