Thursday, 19 September 2013

Silat Kegayungan Acheh Helang Putih

Silat Kegayungan Acheh Helang Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

raja aziz, lasamana, hoja, anak, gelaran, langat, selangor, silat, helang, putih, silat sheikh baginga ali, silat harimau, silat sendeng kuno,

Pengasas dan penggerak utama Silat Kegayungan (A) Helang Putih adalah Abdul Aziz Mohd Ali (Dengan gelaran: Raja Aziz Laksamana Hoja Andak) yang kini menetap di Kampung Dusun Tua, Batu 18 Hulu Langat, Selangor. Beliau mula menuntut ilmu warisan keluarganya ini sejak berumur 12 tahun. Selain daripada Silat Helang Putih, Raja Aziz juga pernah mempelajari Silat Sheikh Baginda Ali, Silat Harimau dan Silat Sendeng Kuno di Johor dan Indonesia. Di samping itu beliau juga pernah mempelajari Judo dan Tai Chi di Jalan Hicks, Kuala Lumpur.

Raja Aziz mula mengasaskan Pertubuhan Silat Kegayungan (A)Helang Putih pada tahun 1967 semasa berumur 19 tahun dengan membuka gelanggang pertama di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut kisah lagenda keluarga yang diturunkan dari generasi ke genarasi, Silat Helang Putih telah diajar kepada moyang Raja Aziz (Raja Sulung Tunggak Pahlawan) oleh seorang pertapa bangsa Jawa yang bernama Ratu Agung Raden Dindiar. Raja Sulung Tunggak Pahlawan menemui pertapa itu setelah beliau mengekori seekor burung Helang Putih ke dalam sebuah gua semasa berburu di hutan. Helang Putih yang diekori itu adalah seorang putera kayangan yang telah disumpah menjadi seekor burung helang putih oleh ibundanya. Asalnya Silat Helang Putih adalah satu seni untuk membunuh. Namun bentuknya pada hari ini telah disesuaikan dengan zaman sekarang yang berlandaskan lunas-lunas undang-undang. Murid silat ini dilatih pergerakan Helang termasuk dengan bunyinya sekali.

Gerak dan seni mengalir dari 44 cabang perguruan dan digerakkan oleh gerak dan langkah pesilat. Gerakan-gerakan seni yang teratur dan cantik menjadi khazanah silat ini dengan gaya dan gerak pencak yang pantas dan tangkas.
helang buana, megat terawis, seni changkat, permainan puteri terus mata, silat, kuala lumput, selangor, perak, kelantan, kedah, negeri sembilan, pahang, warisan melayu

Antara permainan perguruan ini ialah Helang Buana, Megat Terawis, Seni Changkat, Permainan Puteri Terus Mata dll.
Kini Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih telah dikembangkan oleh gurulatih dan jurulatih perguruan di beberapa negeri di semenanjung seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang. Kejohanan tahunan dan acara-acara semasa sentiasa dianjurkan untuk merapatkan ukhuwah dan ikatan dalam perguruan ini.

Adalah menjadi harapan perguruan untuk mengembangkan seni silat ini sebagai satu warisan Alam Melayu.

Sejarah Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih Malaysia

Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih berasal dari Acheh. Menurut ceritanya anak raja yang bergelar Raja Sulung Tunggak Pahlawan dari negeri Pagar Gunung pergi berburu bersama-sama pengiringnya ke dalam hutan tebal yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer dari istana.

Ketika asyik berburu baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Di dalam hati baginda alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya. Baginda sangat tertawan dengan burung helang sehingga tidak disedarinya telah mengikuti burung itu jauh ke dalam hutan seorang diri. Tanpa menghiraukan pengiringnya baginda telah sampai ke sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hati dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besarnya itu.

Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku di atas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihat itu adalah orang pertapa yang sudah bertahun-tahun lamanya menetap di situ. Anehnya perasaan takut tidak terbit di hati baginda malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.

raja sulung tunggak pahlawan, abdul aziz, raja aziz laksamana hojak andak
Akhirnya baginda terlena. Di dalam tidur yang nyenyak,baginda telah bermimpi orang pertapaan itu ialah Ratu Agung Raden Dindiar dan helang putih itu adalah daripada keluarga kayangan, anak kepada Tuan Puteri Terus Mata.
Helang putih itu asalnya ialah seorang lelaki yang perkasa dan pandai dalam ilmu persilatan, namanya Indera Sakti. Dia telah disumpah oleh ayahandanya kerana sering turun ke bumi dan berdamping dengan manusia.
Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh, berketurunan Jawa, sayangnya kepada helang putih seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya. Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu baginda tidak pulang ke istana sehingga menamatkan perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.
Setelah bertahun-tahun lama mempelajarinya, baginda akhirnya pulang ke istana. Baginda telah mengembangkan ilmu yang dipelajarinya. Maka berkembanglah Seni Silat Acheh Helang Puth dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu. Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunya Raja Sulung Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak .
JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You.

No comments :

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget