Saturday 28 September 2013

Seni Silat Seranteh

dipetik dari http://seranteh.blogspot.com/
Pertubuhan Seni Silat Seranteh berasal dari Kg Ngeranteh, Tambak Redjo, Tanah Seberang, Indonesia.
PERSIS telah diasaskan oleh Tok Guru Hj Ahmad Bin Nirun PJK yang telah mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun daripada Datuknya yang dikenali sebagai Tuan Hj Alias atau lebih dikenali sebagai Mbah Lias yang tinggal di Jambi, Tanah Seberang, Indonesia.


Pada awal 50 an lagi beliau sudah mula membuka gelanggang persilatan di Kg Mentaram, Klang, Selangor dan pada masa tersebut telah dianggotai seramai 50 orang yang di naungi oleh Badan Pemuda Pemudi Klang. Seterusnya beberapa
gelanggang-gelanggang persilatan telah dibuka iaitu di Jalan Hassan, Sg Udang, Jalan Yadi, Kg Keretapi, Pandamaran Jaya, Sg Sireh dan Batu Belah dan Amazing Heights Sg. Udang, Klang Selangor.


Pertubuhan Seni Silat Seranteh juga telah menyertai pertandingan-pertandingan silat dan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pernah menjuarai pertandingan samada diperingkat negeri mahupun kebangsaan.
Pertubuhan Seni Silat Seranteh mempelbagaikan cabang kesenian lain dengan menubuhkan pasukan Gamelan. Warisan Gamelan Seranteh telah terbukti dan tergolong dalam kelompok pasukan-pasukan gamelan terbaik dan sentiasa mendapat jemputan-jemputan untuk mengiringi pesilat-pesilat dalam pertandingan silat samada peringkat negeri dan kebangsaaan. Warisan Gamelan Seranteh juga pernah menjadi Naib Juara di Festival Musik Tradisional Malaysia. Gamelan Seranteh kerap membuat persembahan diatas jemputan syarikat-syarikat swasta seperti hotel dan majlis-majlis keramaian.

No comments :

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget