Thursday 26 September 2013

Silat Setiabakti

sumber dari http://silatsetiabakti.blogspot.com/2008/07/biodatasejarah-dan-harapan_30.html
DAHLAN KARIM
Pengasas & Guru Utama
Penguruan Seni Silat Setiabakti


Dilahirkan di Kampung Selandar,Melaka pada 19 Mac 1951.Berminat dalam bidang seni beladiri dan telah mempelajari lebih sepuluh persilatan Melayu.Pada tahun 1994,telah menubuh dan mendaftarkan Seni Silat Setiabakti dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di bawah No.Pendaftaran 1970/94 (Wilayah Persekutuan) pada 22/09/1994.Gelanggang Pusat di No.2201 Jalan Permata 10,Taman Permata Ulu Kelang,53300 Kuala Lumpur,Mlaysia dan boleh dihubungi melalui Hp:0163500410.

SEJARAH SENI SILAT SETIABAKTI

Pelajaran terkumpul dari sepuluh jenis Perguruan zahir dan batin. Telah didaftarkan pada tahun 1994. Mata pelajaran yang diajar ialah Silat Seni, Silat Beladiri dan Silat Olahraga. Seni dan Teknik Buah Pukulan dipilih dari kaedah yang terbaik dari persilatan yang dipelajari. Pelajaran yang diajar mudah difahami dan dipraktikkan. Tekniknya RINGKAS MUDAH DIPELAJARI DAN BERKESAN. Sehingga kini telah melatih lebih 700 orang murid.

HARAPAN

Bercita-cita mengembangkan silat ini keseluruh Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini sedia melatih Silat Setiabakti kepada pengamal beladiri sama ada dari aliran silat atau apa jua aliran yang berminat
mengembangkannya di tempat anda dan kami juga sedia melatih pelajar/mahasiswa, remaja serta orang dewasa lelaki dan wanita, pegawai keselamatan, ahli-ahli kelab dan persatuan-persatuan sama ada mereka telah atau belum pernah belajar seni beladiri. Harapan saya agar Seni Silat Setiabakti dapat berkembang keseluruh negara dan luar negeri seiring dengan kejayaan silat-silat yang terkemuka di Malaysia dewasa ini. Mudah-mudahan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu memartabatkan Seni Silat Melayu dimata dunia.



JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You

No comments :

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget