Silat Lincah Malaysia
dipetik dari Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silat Lincah di Malaysia diwakili oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah diasaskan oleh Datuk Haji Omardin bin Mauju dan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1969. Pertubuhan ini kemudian telah mendapat kelulusan pada Sabtu, 9hb Januari 1971 bersamaan 13 Zulkaedah 1390 H.
Gelanggang pertama Silat Lincah ialah di Kampung Puah, Gombak, Kuala Lumpur,
yang bermula dengan hanya 5 orang anak murid pada tahun 1963. Kini,
Silat Lincah mempunyai keahlian seramai 840,000 orang dan telah diktiraf
sebagai pertubuhan yang mempunyai ahli teramai oleh Malaysia Book of Records.
Perkembangan
Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA.
Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak
langkah dan semangat tempur ‘Hang Jebat’, ahli-ahli juga disisipkan
amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang
dipimpin oleh DATUK HAJI OMARDIN BIN MAUJU
ini yang bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969, bukan sahaja
dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa
negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis,
Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai
30,000 keahlian di luar negara. Dengan keunggulan kepimpinan Datuk
Mahaguru Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya
seramai lebih dari 800 000 orang ahli di pelusuk tanah air dan tercatat
dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul”.
Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima
orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di
sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari
masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah
air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya
di kenali dengan nama “Silat Tarah” didaftarkan di Negeri Selangor
dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas
nama “Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia”.
Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India dan Mekah.
Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah
merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah
lagi melihat ratusan perguruan silat
yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu,
terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak
disilau tanpa pembelaan. Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan
dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei. Dalam
pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan
Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan
gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan
susah payahnya juga, a khirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini
dikenali sebagai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.
Disebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya
berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di
Peringkat Rantau ASEAN.
Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat
diperingkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya
Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat
Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap
badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh
dunia.
Usaha Dato’ Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan
menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan
beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari
seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat
Dunia Pertama yang diadakan pada 04hb Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara Asean, Timur Jauh dan Timur Tengah.
Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu
dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan
ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari ONE STEP TO
THE BEYOND atau SELANGKAH KE ALAM BATIN yang bukan sahaja ditayangkan
mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya
mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.
Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan
sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan
kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini
diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek.
Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang
tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau
pegawai-pegawainya. Antara saling menghormati satu sama lain, Mahaguru
dan guru-gurunya dan tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa.
Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah
dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.
Justeru itu, ahli-ahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan
Silat Lincah yang paling utama.
Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi
pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang
sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan
di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di
Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan
perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan.
Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni
beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara
dipertahankan maka satu pertemuan yang amat bersejarah telah diadakan
pada 10hb Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya,
sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis diantara kaum.
Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Dato’ Haji Omardin
bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah
menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang
terkandung didalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan
seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan
menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum
yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang
tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha
Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang
begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.
JANGAN
LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA
KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You
No comments :
Post a Comment