WPMK: Asal dari China?
Terdapat persoalan yang berlegar
dari minda anak-anak WPMK tentang asal-usul permainan ini. Menurut dari
Guru Abbas, beliau mendengar dari pertuturan almarhum Mat Kelang bahawa
permainan ini asal dari Negara China. Dari kalangan guru Aliran Tek
Bong, ada pula mengatakan ia berasal dari gerak ciptaan Mat Kelang
sendiri, hasil dari pembelajaran Mat Kelang terhadap permainan Melayu
Bugis, serta pembelajaran Almarhum di Negara China sendiri..
Mat Kelang pernah pergi China???
Benar, menurut Pak Abbas.
Pak Abbas telah menceritakan pada awal usia, Almarhum memang mempelajari pelbagai ilmu zahir dan Bathin. Beliau telah mendalami kebatinan dari pelbagai pihak, sehingga telah mencapai tahap yang tinggi, seperti dalam ilmu gagah, ilmu meringankan badan, penggunaan wafak dan lain-lain.Dalam ilmu pukulan ini, diceritakan bahawa beliau berkelana ke indonesia, kepulauan Riau,ke india dan China. Semasa berkelana itulah, beliau telah mempelajai ilmu pukulan dari pelbagai tempat dan bangsa. Pernah semasa hari kematian Anakanda Almarhum Mat Kelang, iaitu Almarhum Hj Jantan, terdapat seorang tua tinggi yang hitam kulitnya, telah berziarah ke rumah Arwah dan mempekenalkan dirinya sebagai adik seperguruan Almarhum Mat Kelang dari Riau. Pada masa itu, tiada siapa yang mengenali beliau, dan beliau datang dalam keadaan entah dari mana. Kisah ini diceritakan oleh En Mamat kepada saya, sewaktu bertandang ke rumahnya. Sekurang-kurangnya kitaboleh mengiyakan bahawa Almarhum Mat Kelang telah merantau di bahagian kepulauan Melayu kerana ingin mendapatkan ilmu persilatan.
Terdapat satu dakwaan
mengatakan kononnya, jika orang cina melihat permainan Mat Kelang,
mereka akan mengatakan itu adalah permainan orang-orang tua cina dahulu.
Sebenarnya ini mengarut dan pembohongan dari orang-orang yang suka
dakwa-dakwi. Mana ada orang cina kata begitu, kalau ada orang kata
begitu, sudah pasti Mendiang Tek Bonglah yang berkata demikian! Tapi
Mendiang tak pernah mengatakan demikian, walaupun beliau adalah seorang
Cina Baba yang mahir dengan persilatan, kung fu dan lain-lain. Disini
letaknya Hints yang menunjukkan permainan ini agak berbeza dari
permainan Pengaruh Cina. Kalau sama, takkanlah Mendiang Lee Tek Bong dan
muridnya tak nampak. Namun, Permainan ini memang mempunyai sedikit
pengaruh permainan Cina, kerana apabila anda menyebut permainan ini dari
Cina, sepatutnya WPMK mempunyai pecah @ dipanggil Quan/kata/Forms
tertentu. Jika anda meneliti permainan Kuntau dan Lian, Anda akan
mendapati wujud Pecah Kuntau dan Latihan Lian 12. Namun, dalam WPMK,
perkara ini wujud, iaitu latihan belebat pecah empat yang sangat mudah
dan agak identik dengan Quan/Forms. Disamping itu, jika anda mempelajari
kaedah yang betul dalam WPMK, kekuda adalah satu elemen yang
penting, dan permainannya bukan permainan yang tinggi, serta latihan
yang lebih kerap pada buah yang menggunakan tangan. Sebenarnya,
ini merupakan elemen yang sama dalam kungfu aliran Selatan, yang
menekankan kepentingan kekuda yang kukuh dan mengutamakan penggunaan
tangan. Sekurang-kurangnya, kita boleh bersetuju mengatakan permainan
ini mempunyai pengaruh Cina, namun bukan keseluruhan. Walaubagaimanapun,
terdapat juga pembawaan sesetengah aliran WPMK yang menyebut kekuda
tidak ada, dan gerak agak rendah...saya tidak mengatakan ia salah,
mungkin guru yang mengajar itu mempunyai kefahaman yang tersendiri.
Hakikatnya, Dalam WPMK ini,
kita sangat ditekankan akan kefahaman buah itu sendiri. Apabila kita
memerhatikan senarai buah dan peringkat buah itu sendiri, akan wujud
satu analisa yang jelas, bahawa WPMK ini mempunyai elemen permainan
Bugis seperti Pukulan Sendeng dan Pukulan Bawean. Disini, perlu
difahami, bahawa permainan yang dibawa bugis adalah permainan berjarak
dekat. Dulu, sewaktu saya bersama Guru Arwah Hj Ismail, beliau
menceritakan bahawa permainan seperti Sendeng adalah permainan didalam
peperangan, Kata Beliau, jika anda melihat Pesilat Sendeng memasang
pukul, anda boleh membayangkan bahawa tangan dihadapan memegang perisai
dan tangan yang melapis adalah tangan yang bersenjata. Maka boleh
disimpulkan keadaan badan yang dipasang sewaktu bersenjata adalah sama
sewaktu tanpa bersenjata.
Apabila Bugis menyerang,
mereka tidak akan menyerang dalam keadaan menahan atau berjarak Jauh.
Apa yang berlaku adalah mereka akan masuk sehampir mungkin pada musuh,
ibarat hampir berlaga kepala dengan kepala @ mainannya sejengkal dari
Ulu Hati Musuh. Geraknya juga kurang menepis dan membuang, sebaliknya
menggabungkan elemen Menunggu dan Menyerang dalam satu Gerak, Bahkan
bersifat menyerang/menyerbu dalam satu arah, menjadikan musuh tidak
bersedia dan lintang pukang. Sebab itu, Pahlawan dan hulubalang Bugis
sangat digeruni musuh penjajah dan Orang Tanah Melayu sendiri. Manakan
tidak, mereka boleh datang tanpa diduga, alih-alih sudah ada depan mata!
Untuk makluman tambahan, Almarhum Mat Kelang sendiri adalah
berketurunan Bugis. Dari pemerhatian Gerak dan buah WPMK ini, dapat saya
simpulkan bahawa elemen pukulan melayu terutama dari Warisan Ilmu
Perang Tanah Ugi wujud, kerana karakter dan petua pukulannya adalah
identik.
Secara Umumnya, kita boleh
bersetuju apabila memperkatakan bahawa WPMK mempunyai pengaruh Cina.
Malahan ia juga mempunyai pengaruh permainan Bugis yang ketara. Saya
suka membandingkan ia dengan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dan Buah
Pukul Mersing, kerana didalam sendeng, terdapat elemen Kuntau(yang mirip
dengan Aliran Cina) dan Elemen Bugis(Sendeng serta kaedah 7 hari),
manakala Lian pula, mempunyai latihan Lian(Syed Abdul Rahman AlYunani
yang berasal dari Yunnan @ tanah besar China membawa latihan Lian yang
semestinya berbentuk kecinaan) dan juga susunan buah pukulnya yang
diwarisi dari Almarhum Awang Daik dan Pak Long Mat Yassin, yang mana
kedua-dua guru besar ini adalah pengamal gerak Sendeng dan Sunting.
Mungkin kerana saya sendiri mempelajari Sendeng dan Lian, alhamdulillah,
ia menyebabkan saya dapat meneliti gerak dan permainan WPMK melalui
pemahaman mengenai falsafah gerak Bugis/Melayu dan Gerak Cina. Maka kita
boleh panggil pukulan ini Hybrid,hehehe.
Jadi Adakah Permainan ini permainan Melayu?
Ya, ia permainan Melayu
kerana Gurunya(Almarhum Mat Kelang) adalah Melayu Bugis, yang telah
mengajar anak-anak Melayu dan Bukan Melayu akan buah-buah pukulan hasil
dari pembelajaran Guru itu sendiri terhadap pelbagai gerak dan permainan
bangsa Cina,Melayu dan lain-lain.Ia menunjukkan betapa tinggi kefahaman
guru-guru kita dalam menuntut ilmu dan mampu menerbitkan imu yang
bermanfaat dan berkesan. Kesan ini masih wujud hingga sekarang apabila
kita melihat ramai anak-anak WPMK, baik melayu dan bukan Melayu
mempunyai perguruan sendiri dan menggabungkannya dengan Gerak lain yang
telah dipelajari. Ini tidaklah salah, kerana Guru -guru kita terdahulu
telah melakukan perkara yang sama....TAK SALAH JIKA GERAK INGIN
DISATUKAN ASAL FAHAM APA YANG BOLEH DISATUKAN..
7 comments :
Assalamualaikum..
Boleh saya tahu dimana boleh belajar pukulan ni.. Saya dari melaka
W'alaikum salam.... Fikri Azlan:
Pukulan Buah Melaka aka Pukulan Mat kelang ni ada diajar dia sekitar kg Selandar (Guru Tua Abas Dagang), Duyong, Kota Laksamana etc....
Disekitar Selangor adalah Shah ALam... Blh email ke ewan712@yahoo.com untuk info lanjut.... TQ...
Assalamu'alaikum... Admin, saya dari Taman Keramat. Pukulan Mat Kelang ada ke di sekitar kawasan sini? TQ
Waalaikumussalam warahmatullah. Ada. Boleh datang ke AU4 Lembah Keramat, ada diajar dalam Seni Silat Setiabakti.
Duyong dimana ye tuan
assalamualaikun tuan
boleh bertanya jika di sebelah selatan johor bahru ada gelanggangnya?
Kg Melayu Majidee. Cikgu Wan
Post a Comment