TERBIT rasa kagum bila menyaksikan pergerakan kaki dan tangan yang
pantas dan lincah digayakan peninju tomoi atau lebih dikenali sebagai
sukan Muay Thai. Seakan sukan tinju seperti yang sering kita saksikan
dalam pertarungan di peringkat antarabangsa, tetapi Muay Thai
menggunakan kaki dan tangan sebagai fokus perlawanan.Bagi menjejaki
sukan Muay Thai, “Sukan ini bukan saja memerlukan seseorang fokus
kepada lawan masing-masing tetapi turut menggunakan pergerakan tangan,
kaki, siku dan lutut.“Berbeza dengan tinju yang membataskan serangannya
dengan tumbukan, Muay Thai menampilkan pergerakan lebih menyeluruh.
Bagi peserta baru, mereka akan didedahkan dengan teknik sepak dan tumbuk pau sebagai pendedahan awal sebelum mempelajari banyak skil dalam sukan Muay Thai.Selepas menguasai peringkat asas, peserta akan diajar pula taktik, latihan tumbukan, sepakan kombinasi (pad work) dan light sparring untuk memastikan sama ada peserta dapat menguasai teknik yang diajar. Pertandingan Muay Thai biasanya berlangsung sebanyak enam pusingan dengan tempoh lima minit bagi setiap pusingan.Menariknya, setiap pertandingan bermula dengan tarian langkah sembah oleh setiap peserta.
Muay Thai atau Tomoi adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand.
Ia dikaitkan dengan sains lapan anggota badan, termasuk penggunaan tumbukan, tendangan, lutut dan siku.
Muay Thai menampilkan peralatan seperti sarung tangan tinju, seluar pendek tetapi lebih lebar (untuk memudahkan pergerakan), pembalut tangan dan monkung atau pengikat kepala yang biasanya digunakan ketika menyertai pertandingan.

No comments :
Post a Comment