Monday 7 October 2013

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA)Spring 12


Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie dari Kampung Tupung Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit. Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. Namun demikian ada beberapa lagi tambahan jurus yang tidak di ajar kepada semua Ahli PSMA demi Silat itu sendiri. Contohnya Guru perlu menilai tingkah laku anak murid sebelum memberi semua Ilmu dan Jurus. Ini adalah kerana kita tidak mahu Ilmu yang dia ajarkan ini di salah guna dan untuk tujuan bermegah diri.

Latar belakang Arwah Bojeng bin Sham

Arwah Pak Bojeng Bin Sham mula menuntut ilmu persilatan dengan bapa saudaranya Arwah Hj Jeraei pada tahun 1930.

Disini saya senaraikan rakan seperguruan Arwah Bojeng Bin Sham semasa belajar dengan Arwah HJ jeraie atau dengan kata lain, anak murid Arwah HJ Jeraei pada waktu itu ialah:

  1. Arwah Bojeng Bin Sham
  2. Ngah Nawi
  3. Nek Den
  4. Nek Rostam
  5. Pak Kamin (PSMA Spring12 Cawangan Bau)
  6. Pakcik Liu (PSMA Spring12 Cawangan Bau)
 ada beberapa lagi penuntut yang telah meninggal dunia tetapi tidak dapat diingati nama mereka. Namun perjuangan yang akan dikenang selamanya adalah perjuangan arwah Pak Bojeng dengan rakan-rakannya iaitu dari 12 perguruan yang berusaha memertabatkan seni persilatan agar dapat bertapak dengan kukuh di Sarawak.

Mereka inilah tonggak penubuhan Rumpun Silat Sarawak atau singkatannya dikenali sebagai RSS. 12 Perguruan asal keramat tersebut adalah:
  1. Pencak Silat Melayu asli (PSMA Spring12) Guru: Arwah Bojeng Bin Sham
  2. Betawi Guru: Pak Jambak
  3. Sanggar Bunuh Guru: Bojeng Drahman
  4. Seribu Satu Guru: Jony Kok
  5. Hailam Laut Guru: Cik Bako
  6. Hidayah Melayu Guru: Pak Dahlan
  7. Merifat Guru: Dayang Meriam
  8. Pukulan 12 Guru: Hj Yaman
  9. Pukulan 7 Guru: Pak Nawi
  10. Pak Untah
  11. Usop Jol
  12. Pak Tahir

2 comments :

Unknown said...

pak untah ya bukan adik kepada abang rashidi kaa

Unknown said...

pak untah ya bukan adik kepada abang rashidi kaa

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget