Tuesday, 1 October 2013

Lian Padukan

dipetik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.

Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk ‘menyiasat’ kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.

Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.

Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

Peringkat Pembelajaran Lian Padukan.

Lian Padukan mengandungi empat pergerakan asas yang dipanggil Jurus yang mengajar teknik-teknik menggunakan perisai, penumbuk, siku, lutut dan kaki. Perisai adalah teknik yang dikembangkan oleh Pak Mat dalam bentuk yang tidak terdapat dalam Buah Pukul asal.

Perisai adalah penggunaan tangan pepisau dalam kedua-kedua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan dan kebolehan menahan sama ada dalam keadaan pergerakan terus kehadapan ataupun pergerakan menyamping dalam atau luar. Perisai adalah salah satu daripada teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.

Setelah selesai peringkat Jurus, penuntut akan naik ke peringkat Lian. Dalam Buah Pukul Lian bermaksud pergerakan atau pattern, sama seperti konsep ‘kata’ dalam karate atau gaya dalam seni beladiri Cina.

Terdapat empat peringkat Lian dengan setiap peringkat mengandungi empat Lian untuk dikuasai. Pada peringkat Lian, penuntut diperkenalkan kepada teknik-teknik dan aplikasi-aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap Lian. Tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu memahirkan diri dengan Lian.

Dalam Lian, penuntut mempelajari teknik-teknik dan taktik-taktik seperti Rebut (mematahkan pertahanan lawan), Reju (tekanan berterusan ke atas lawan), Turut (mengikut arah pergerakan lawan), Titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan Makan Gerak (serangan memotong gerak lawan).

Peringkat Jurus
1. Jurus Satu (Tumbuk)
2. Jurus Dua (Siku)
3. Jurus Tiga (Lutut)
4. Jurus Empat (Kaki)

Lian Peringkat 1 (Lian Gelek 2 belah)
1. Lian Selak Panjang
2. Lian Siku
3. Lian Singkap
4. Lian Selak Pendek

Lian Peringkat 2 (Lian Reju)
5. Lian Reju
6. Lian Tangkap Tembung
7. Lian Badik
8. Lian Cangkul

Lian Peringkat 3 (Lian Tumbuk Mengambil)
9. Lian Lintang
10. Lian Sepak Yim
11. Lian Kwantung
12. Lian Kopak

Lian Peringkat 4 (Lian Pagar)
13. Lian Pagar Simbuh
14. Lian Pagar Tedung Berlipat
15. Lian Pagar Semutar
16. Lian Gulung



JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You

No comments :

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget