Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silat Sendeng Betawi ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Selangor. Perguruan ini diasaskan oleh Shamsudin bin Roslan berdasarkan aliran silat yang dipelajari beliau iaitu Silat Jawa dengan Basiron di Sabak Bernam, Silat Rencong 9 dengan Jailani di Tanjung Karang, Silat Sendeng di Batu Pahat, Silat Harimau Al-Haq di Lorong Pacitan, Singapura, di Pulau Karimun, Indonesia, dengan Kiyai Mustapha, Silat Betawi di Betawi, Indonesia, Silat Sendeng dengan abangnya, Silat Sendeng Selewar dengan Alang Ardi di Puchong dan kebatinan dengan Pak Daim di Serdang.
Sukatan pelajaran
Silat ini mempunyai Jurus Satu dan Dua serta 6 Bunga. Ia mempunyai 13
buah pukulan yang setiap satunya dipecahkan kepada 9. Murid yang
terpilih akan diajar buah nombor 10. Senjata tradisional yang diajar
adalah keris, pisau, parang dan tekpi.
Silat
dalam masyarakat Melayu adalah satu kaedah dalam mempertahankan diri
yang digunakan oleh seluruh masyarkat Melayu dahulu kala. Boleh
dikatakan semua umat Melayu lelaki tahu dan mahir dengan ilmu silat.
Lelaki yang berumur belasan tahun sudah didedahkan dengan ilmu
persilatan sebagai satu bentuk pakaian diri bagi menghadapi kehidupan
dimasa hadapan. setiap pemuda yang ingin merantau perlu melengkapkan
diri dengan ilmu persilatan terlebih dahulu dalam ikhtiar mengharungi
cabaran dan dugaan dalam dunia perantauan dimana tiada seorang pun mampu
menduga apa yang bakal tiba.
Jika
diperhatikan pada masa kini, golongan yang masih mengamalkan ilmu
persilatan ini adalah mereka yang bergelar perantau daripada negara
jiran Indonesia. Kebanyakan daripada mereka telah melengkapkan diri
dengan ilmu berkaitan buat bekalan di rantau orang. Dengan itu, mereka
tidak gentar dan sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan
kepayahan di negara orang kelak. Sedangkan anak muda tempatan kita masih
lemah dek kerana jahil dengan ilmu sebegini kerana tanggapan mereka
yang menganggap ia bukanlah satu keperluan pada zaman serba moden dan
canggih selaras dengan keadaan Malaysia yang aman dan makmur. Dek kerana
pandangan skeptikal inilah satu bentuk penjajahan secara tidak langsung
telah menular dalam kalangan masyarakat Melayu kini. Natijahnya, anak
muda kini tiada pegangan, hilang hala tuju dan jati diri yang mantap.
Kekurangan ilmu terutama ilmu bela diri warisan pusaka bangsa
mengakibatkan pemuda dan pemudi Melayu sendiri tiada identiti Melayu dan
tidak kenal akan kehebatan bangsa yang pernah menjadi satu kuasa besar
dunia.
Salah
anggapan perihal keperluan mempelajari seni silat juga membuatkan anak
Melayu alpa dan tidak bersedia menghadapi apa jua kemungkinan
peperangan pada masa hadapan. Inilah sebenarnya kejayaan penjajah
menghapuskan ilmu-ilmu yang pernah mengatasi segala kecanggihan
senjata-senjata mereka semasa era penjajahan suatu ketika dahulu. Adalah
satu kebenaran yang amat nyata iaitu bangsa asing amat takut dengan
golongan pengamal ilmu persilatan kerana sedia maklum tentang ketinggian
ilmu dan kemampuan golongan ini ketika terdesak dimana terbukti semasa
Peristiwa 13 Mei. Oleh itu, pelbagai kaedah digunakan bagi menyekat
penyebaran ilmu yang boleh menyekat niat mereka menguasai Tanahair ini.
Dalam
ilmu persilatan terkandung pelbagai ilmu sampingan yang sebenarnya
menjadi tulang belakang dan kekuatan pada sesuatu ilmu silat tersebut.
Sememangnya silat adalah bertujuan mempertahankan diri, negara, bangsa
dan agama keagamaan Maka, ilmu silat dan ilmu sampingan yang ada
didalamnya merangkumi segala aspek yang diperlukan. Kebiasaannya, ilmu
silat disertai teknik pernafasan, senaman untuk kesihatan, ilmu
perubatan dan paling penting adalah intisari agama. Sekiranya dikaji
secara mendalam, kita akan dapati bahawa ilmu persilatan dibawa dan
diasaskan oleh tokoh-tokoh keagamaan hasil daripada penghayatan
kerohanian yang tinggi dalam ilmu keagamaan. Mereka yang benar-benar
faham akan kepentingan ilmu persilatan dalam mempertahankan agama,
bangsa dan negara pastinya sentiasa menggalakkan para murid menuntut
ilmu persilatan sebagai kaedah pertahanan.
Sepertimana dalil hadis nabi SAW:
"Ajarkanlah anak-anak kamu menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang" dan "Hendaklah kamu bersiap-sedia dengan sekuasa-kuasa bagimu......."
Surah Al-Anfal, ayat 60
Terdapat
juga kalangan tokoh keagamaan yang arif menjadikan ilmu persilatan
sebagai satu wadah mendidik golongan muda mudi mendekati agama. Sudah
menjadi suatu lumrah bagi muda mudi untuk menjurus kearah mencari satu
kehebatan dan kemegahan dengan ilmu silat, maka jalan ini digunakan oleh
para ulama untuk mendekati dan menarik golongan ini ke jalan yang
betul.
No comments :
Post a Comment