sumber dipetik dari http://www.silathelangputihperkasa.com/
SHPP diasaskan pada tahun 1985 oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Haneef Ali. Dilahirkan pada 3hb Oktober 1948, beliau telah beristeri dan mempunyai 5 orang anak. [3 putera dan 2 puteri]
Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan sebuah perguruan silat yang terbesar di Sarawak. Nama Helang Putih Perkasa tiada kaitan dengan apa-apa lagenda atau gerak laku zahir haiwan tersebut. Ia lebih merupakan istilah yang melambangkan matlamat perjuangan perguruan silat ini
Matlamat perguruan silat ini ialah menjadikan pencak silat sebagai satu wadah perjuangan umat Islam dan medan mendidik dan mengasuh untuk melahirkan jiwa dan peribadi yang bermaruah, berdisiplin, berani, tahan lasak dan berkeyakinan.
Mempelajari seni silat memerlukan ketekunan, dedikasi dan sifat sabar yang tinggi. Ia perlu dipelajari secara berterusan sehingga mahir.
Sabda Rasulullah s.a.w : Allah kasih kepada hambaNya yang dedikasi, berterusan dan meningkatkan kebolehan dan bermutu tinggi (Riwayat Ahmad).
Jika ilmu persilatan dipelajari dengan memenuhi unsur-unsur begini, tidak syak lagi ianya merupakan suatu ibadah.
Melalui persilatan juga dapat mendekatkan para remaja dalam memenuhi tuntutan agama. Sebuah perguruan silat yang unggul memerlukan ilmu persilatan yang mendalam dan bimbingan agama yang mantap dalam membina ketangkasan dan keyakinan.
Dalam persilatan akan tumbuh ikatan silaturrahim yang kukuh, sikap tolong-menolong dan kasih mengasihi amat dalam. Ini adalah satu lagi konsep ibadah dimana susah sengan sama dirasa.
Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa memupuk semangat ini melalui program
ibadah seperti solat berjemaah serta aktiviti ceramah dan zikrullah. Ahli-Ahli perguruan juga menjadikan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha sebagai aktiviti tahunan.

Selain menjadi
Guru Utama SHPP, beliau turut memegang
jawatan berikut:
- Naib Presiden II Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia [PESAKA]
- Pengerusi Biro Pembangunan Silat dan Wasit Juri Kebangsaan
- Pengerusi Teknikal Silat di SUKMA dan Kebangsaan
- Setiausaha Agung Rumpun Silat Sarawak [RSS]
- Penolong Setiausaha Agung International Aikido Federation [IAF]
Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan sebuah perguruan silat yang terbesar di Sarawak. Nama Helang Putih Perkasa tiada kaitan dengan apa-apa lagenda atau gerak laku zahir haiwan tersebut. Ia lebih merupakan istilah yang melambangkan matlamat perjuangan perguruan silat ini
Matlamat perguruan silat ini ialah menjadikan pencak silat sebagai satu wadah perjuangan umat Islam dan medan mendidik dan mengasuh untuk melahirkan jiwa dan peribadi yang bermaruah, berdisiplin, berani, tahan lasak dan berkeyakinan.
Mempelajari seni silat memerlukan ketekunan, dedikasi dan sifat sabar yang tinggi. Ia perlu dipelajari secara berterusan sehingga mahir.
Sabda Rasulullah s.a.w : Allah kasih kepada hambaNya yang dedikasi, berterusan dan meningkatkan kebolehan dan bermutu tinggi (Riwayat Ahmad).
Jika ilmu persilatan dipelajari dengan memenuhi unsur-unsur begini, tidak syak lagi ianya merupakan suatu ibadah.
Melalui persilatan juga dapat mendekatkan para remaja dalam memenuhi tuntutan agama. Sebuah perguruan silat yang unggul memerlukan ilmu persilatan yang mendalam dan bimbingan agama yang mantap dalam membina ketangkasan dan keyakinan.
Dalam persilatan akan tumbuh ikatan silaturrahim yang kukuh, sikap tolong-menolong dan kasih mengasihi amat dalam. Ini adalah satu lagi konsep ibadah dimana susah sengan sama dirasa.
Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa memupuk semangat ini melalui program
ibadah seperti solat berjemaah serta aktiviti ceramah dan zikrullah. Ahli-Ahli perguruan juga menjadikan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha sebagai aktiviti tahunan.
JANGAN
LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA
KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You
No comments :
Post a Comment