Thursday, 17 October 2013

PUSAKA SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG


Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dalam kitab khazanah persilatan Melayu di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada dua orang, walaupun yang lain tidaklah ditonjolkan nama mereka itu kerana mereka berdua itu dan rombongan adalah Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia perdagangan antara Dua Benua, iaitu Benua Timur Tengah dengan Benua Asia (Sebelum dibuka terusan Suez).  Adapun mereka berdua itu bernama Panglima Saad. Satu yang melalui jalan pelayaran laut melalui Laut Arab, Tanjung Pengharapan dan Gujerat India/ Serindib (Sri Lanka), datang dari Habsah bernama akan dia  Panglima Saad bin Lubaid. Kerana Hubungan Dagangan Utama dengan Canton di Tenggara di China, Tanah Melayu telah menjadi persinggahan penting ditengah-tengah perjalanan dan utama jalan antara Arab-China. 
Walaupun Kerajaan Melayu Melaka belum dibuka oleh Parameswara (Megat Iskandar Syah) dari Palembang, tetapi kerajaan Melayu tua telah wujud di beberapa tempat di sebelah utara iaitu Langkasuka, Patani ( Selatan Thailand), Bruas/ Manjung (Gangga Negara) di Perak, Kelantan Tua (Tanah Merah) dan Terengganu Tua (Besut/ Setiu). Di Melaka, walaupun masih belum wujud kerajaan tetapi telah ada perkampungan nelayan orang Melayu dan menjadi persinggahan perahu dan kapal layar penduduk tempatan, Nusantara dan pedagang antara Arab-China. Pedagang Islam membawa barangan daripada benua Asia untuk dijual di pasaran Eropah oleh Orang Itali. Tanah Melayu telah menjadi popular dikalangan orang Arab, China, India dan Nusantara sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Ramai dikalangan mereka aliran mazhab Maliki. Orang-orang melayu di Perkampungan Nelayan mula tertarik dengan peribadi mulia dan persahabatan mulia rombongan Arab dan mula menganut Islam, walaupun kebanyakan pemimpin dan ketua negara mereka masih belum menerima Islam. Orang-orang Melayu mula mempelajari Islam dan amalan kerohanian/ kesufian daripada mereka itu secara bersembunyi-sembunyi. Kedua-dua  Panglima Islam r.a mendidik mereka tentang ilmu mempertahankan diri  sebagai persiapan mereka ke arah berkerajaan dan bernegara untuk masa akan datang.
Sementara di negara China pula orang China Islam dikenali sebagai “Hui-Hui”/ “Hwei Hwei” / “Ta- Shih”. Tempat pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di “Lima Pulau” yang disebut oleh orang China Islam sebagai “Wushu”. Orang Melayu Islam dari Tanah Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua arab berulang –alik  ke “lima pulau” di Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian ini   dan seni mempertahankan diri ini di Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu “Gayong”. Ramai di kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu. Orang China Islam memanggil ilmu perang “Wushu”. “Wu” bermaksud “Lima” dan “Shu” bermaksud “ Pulau-pulau”. Lima buah pulau menjadi pusat operasi pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka). Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku antara tahun-tahun  53-54H/620-676 Masihi. Pada masa ini China berada di bawah pemerintahan Dinasti Tang (618-905M). Pada masa Dinasti Tang, pelayaran dan perdagangan orang China sudah sampai ke Teluk Parsi melalui Jalan Utama perdagangan di Tanah Melayu sekitar abad ke5-7Masihi. Penduduk di “Lima Pulau” adalah daripada pelbagai wilayah di Tanah Melayu lain seperti . Orang Melayu Tanah Melayu selain belajar di “Lima Pulau” juga membawa bahan-bahan untuk dagangan. Mereka itu dari Besut/ Setiu dan Batu Rakit dari pelabuhan kerajaan Terengganu Tua, dari kerajaan Patani dan Kelantan Tua, dari  Pulau Pangkor/ Lumut dari kerajaan Bruas/ Manjung di Perak, dari Muar (Johor-Riau Lingga), dari Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, dari Palembang, Perlak-Pasai, dan lain-lain.
Sesuai dengan sistem jalan laut sebagai jalan perhubungan utama, Ilmu Gayong disebar luas oleh orang-orang laut yang menjadi kelasi kapal dagang. Persilatan atau ilmu Gayong yang dikembangkan di pesisir pantai Tanah Melayu ikut aliran kesufian tempatan berunsur Burung/ dan hidupan air seperti Gayong Helang/ Rajawali/ Layang-layang/ Naga/ Jala (Silat Pulut/Pengantin)// Ikan Pari-pari  dan lain-lain. Bagi penduduk di kawasan darat dan tanah tinggi pula ilmu kegayongan yang popular ialah Gayong Harimau, Ular, Singa, Helang Putih, Helang Merah, Cencadak (disebut Sudu Senu di Kelantan , Terengganu: Besut/ Setiu), Halilintar dan lain-lain. Setelah orang Maharaja China  pada masa Dinasti Tang menjalankan dasar buka pintu kepada pedagang asing, Orang Melayu pedagang disebut “Kiwi” bersama dengan Ulama’ Arab menduduki petempatan di Tenggara China di Kwang Chow (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Ahli pelayaran Melayu yang mashor disebut Panglima Awang / Awang Dagang dari Terengganu.
Mengikut sejarah Islam di China, sejak Hidup Rasulullah S.A.W iaitu pada tahun 619/ 620 Masihi, Rasulullah S.A.W telah izinkan 101 muslimin dan muslimat berhijrah ke Habsyah di ketuai oleh Panglima Saad bin Lubaid. Kemudian Panglima Saad mengikut kapal belayar ke China (Canton)  pada 630/ 631M untuk menyebarkan agama Islam. Beliau dan rombongan telah singgah di Tanah Melayu sebelum ke Canton. Makam/ kubur Saad bin Lubaid terdapat di perkarangan Masjid di Kwang Tah Se di Canton. Disebut orang juga sebagai Saad bin Lubaid al-Habsyi yang pembantunya bernama Yusuf. Selain di Tanah Melayu mereka mengembangkan Islam di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka telah mendirikan Masjid di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin See.
Orang Melayu yang beragama Islam yang berhijrah ke China ada yang berkahwin dengan orang tempatan dikenali dengan puak “Hui-Hui” dan “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu-Arab-Parsi. Puak-puak ini bergabung pula dengan puak-puak China Islam seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ilmu persilatan Melayu atau “Gayong” di China dikenali sebagai “Wushu”. Ilmu ini berkembang bersama dengan konsep setiap orang Islam itu bersaudara melaui kahwin campur. Golongan pelayar dan pedagang Melayu yang mengikuti pelayaran Ulama’ Sufi Arab, Parsi dan India Gujerat/Cambay telah menyebarkan ilmu persilatan atau “Gayong” dikalangan orang-orang China Islam. Mereka para ahli pelayaran/ pedagang ini diberi kebenaran membuka perkampongan di Canton. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa puak lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man.
Panglima Islam yang melalui jalan darat, Jalan Sutera Lama melalui Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Peking, seterusnya belayar  ke Tanah Melayu di Kerajaan Terenganu Tua (Besut/Setiu), kira-kira tahun 675Masihi. Panglima Islam ini telah meruntuhkan Dinasti Sassamiyah, Dinasti Parsi (kafir) terakhir dibawah pemerintahan Yezdegird III (632-651M). Islam telah menakluki Parsi pada 634-641M. Firuz (Pi-lu-su) anak Yezdegird dapatkan bantuan Maharaja Kao Tsung (627-650M) seterusnya menyerang Khurasan pada 651M tetapi pemberontakan itu telah dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Kais al-Tamimi. Firuz lari ke China. Akibat campurtangan China ke atas Kerajaan Islam Parsi, Khalifah Uthman Al-Affan R.A telah menghantar satu misi ketenteraan ke Changan kerana membantah bantuan China kepada Firuz. Ketua Rombongan itu ialah sahabat Rasulullah S.A.W, Saad Abi Waqas. Setelah melarikan diri dari Serangan tentera Islam, Firuz berkhidmat sebagai Kapten Pengawal Maharaja China pada tahun 674M. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqas juga diterima baik oleh Maharaja China dan Islam dibenarkan disebar-kembang di negara China. Justeru itu Saad Abi Waqas tidak menyerang negara China tetapi sebaliknya belayar ke Tanah Melayu kira-kira pada 675Masihi ke Besut/ Setiu  Terengganu melalui pelabuhan Batu Rakit dan  di “Lima Pulau” mengembangkan ilmu Islam dan siasah-perang.  Beliau pulang kembali dan Saad Abi Waqas ke rahmatullah/wafat pada 55H/bersamaan 677/678M di makamkan di Madinah.
Ramailah orang Melayu Terengganu menganut Islam sehingga wujud satu Legenda Ilmu Perang “Tok Syeikh Serban Kuning dan Tok Syeikh Serban Hijau” di Besut/ Setiu di Terengganu.
Pada masa perkembangan Islam dibawah Khalifah Umaiyyah, Rombongan Islam juga sampai di Tanah Melayu. Persilatan pada masa itu dikenali sebagai Kumpulan Gayong “Semutar Putih” dan kumpulan ini bersama-sama rombongan Umaiyyah ke negeri China di kenali sebagai Puak “Ta-Shih” kerana mereka berjubah putih. Apabila Kejatuhan Kerajaan Umaiyyah kepada Abassiyah, Tanah Melayu juga mengalami perubahan dengan kemunculan  Pendekar “Semutar Hitam” kerana panglima Abassiyah berjubah hitam. Pada masa Khalifah Al-Walid (705-715M) dibawah pimpinan Panglima Qutaybah bin Muslim, orang Melayu juga bersama menguasai Sinkiang sehingga Kansu, tetapi tidak meneruskan peperangan sebaliknya menukar strategi diplomatik dengan Maharaja Hsuan Tung (713-756M). Ketika di bawah pimpinan  Panglima Hisyam bin Abd. Malik (724-743M). Orang Melayu juga mengikuti rombongan Abbasiyah ke China dikenali sebagai puak “Ta-Shin” atau “Heh-i-Ta-Shih”.
Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) tentera Islam bertembung dengan tentera China dibawah pimpinan Kao Hsien-Chih, Tentera Abbasiyyah menang dan seluruh Asia Tengah dikuasai oleh Islam. Selepas itu, bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang dikuasai oleh orang Islam. Maharaja  China, Su Tsung (756-763M) yang menggantikan bapanya Hsuan Tsung meminta bantuan tentera Islam  “Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam dibawah pimpinan  Panglima Abu Muslim (Abbasiyyah) atau disebut Panglima Agong akibat pemberontakan  Jeneral An Lu-Shan. Kumpulan Melayu menamakan mereka para pendekar “Semutar Hitam”  di ketuai oleh “ Panglima Hitam”. Maharaja Su Tsung berjaya menawan kembali kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan orang-orang Islam termasuk kumpulan pendekar “Semutar Hitam”. Mereka ramai kahwin dengan penduduk tempatan  dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi. Ramailah orang Islam berhijrah ke China termasuklah orang-orang Melayu pada masa pemerintahan Maharaja Choon pada tahun 814-847M.
Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam  penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong)  atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).
Pada tahun 906M, Dinasti Tang jatuh. Hubungan dengan orang Islam merosot dan wujud dinasti-dinasti kecil, tetapi disatukan oleh Dinasti Sung (960-1279M). Hubungan China dengan orang Islam termasuk dengan orang-orang Melayu semakin baik. Perdagangan Kemenyam, gaharu, minyak wangi, buah zaitun, kurma arab, permaidani, gading gajah, minyak atar, batu permata, mutiara dan pedang kembali menggalakkan. Saudagar Melayu dan Arab kembali bertapak semula di China. Ketua orang  pedagang Islam di China amat mashur disebut “Pu Shou Keng” keturunan Arab-Melayu dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai dan berjaya menghapuskan lanun di sekitar perairan Fukien. Namun begitu “Pu Shou Keng” telah menyokong Kublai Khan menyerang China untuk mengembang kembali Islam di China. Orang-orang Islam bersatu menjatuhkan Dinasti Sung di Utara untuk mengangkat puak Genghis Khan (1162-1227M). Namun begitu, bahagian selatan Sungai Yang Tze masih di kuasai oleh Kerajaan Sung Selatan hingga tahun 1279M. Apabila tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan dengan bantuan orang-orang Islam “Wushu” telah berjaya menguasai seluruh China dan membentuk Dinasti Yuan (1279-1368M), ibukotanya di Khanbalik (Sekarang Peking). Masalah timbul bila cendikiawan China tidak mahu bekerjasama membangunkan kerajaan dibawah Dinasti Yuan. Kerajaan Yuan terpaksa mempelawa bijaksana Islam dari luar China termasuk di Alam Melayu untuk membangunkan negara China. 12 orang gabenor beragama Islam telah dilantik. Ketua Pemungut Cukai ialah Abdul Rahman (1244M). Kublai Khan telah melantik seorang Menteri Kewangan bernama Syed Umar Syamsuddin di kenali Syed Ajal atau orang China menyebut Say Dian Chih ( Sai T’ien-Chih). Pada 1259 di angkat menjadi Gabenor wilayah Yunan serta mengislamkan penduduk Yunan. Syed Umar tadi di gelar Putera Hsien Yang, menerima anugerah tertinggi kerajaan Yuan. Meninggal dunia pada 1279M. Sebagai mengenang jasa beliau, orang China telah membina tokong khas.
Seorang lagi tokoh Islam  “Wushu” berjasa di China ialah Ahmad al-Fanaqati dilantik pada masa Dinasti Yuan sebagai Pegawai Kewangan, menyebabkan kedudukan kewangan China Mantap. Marco polo pernah menyebut dalam catatannya, pengaruh Ahmad amat kuat dan dicemburui oleh pembesar-pembesar China yang lain seperti Chien Hu dan Wan Hu. Ahmad kemudian dibunuh. Kematian Ahmad memperorak perondakan matawang dan perbendaharaan Negara China sehingga wang kertas hampir tidak laku sehingga tahun 1311M percetakan wang kertas diberhentikan. Sebahagian besar tentera Mongol menganuti Islam dan mempelajari Warisan ilmu “Wushu” termasuk Ahnan Da, Gabenor An Si beserta 150,000 orang menganut Islam. Panglima Islam “Wushu” yang amat mashor yang menggantikan Say Dian Chih ialah anaknya, Nasruddin, yang berjaya mempertahankan Yunan daripada serangan Burma di bawah Raja Narathihapate. Tentera Burma cuba menceroboh masuk ke Yunan pada 1287M tetapi dapat dikalahkan oleh tentera pimpinan Nasruddin dan para pendekar “Wushu” di Lembah Vochang. Tentera Burma ketika itu berjumlah 60,000 orang termasuk tentera bergajah. Tentera Nasruddin dan pendekar “Wushu” hanya 12,000 orang sahaja. Ahli teknologi pada zaman Dinasti Yuan ialah Alauddin al-Mufari (A-lao-wa-ting) dan Ismail al-Syam (I-ssu-ma-yin), pakar membuat meriam termashur kemudian mengembangkan ke Melayu Campa dan Melayu Patani. Alauddin kemudian dilantik sebagai wakil Panglima Perang dan Ismail sebagai Ketua penyelia Kilang Meriam. Seorang pereka cipta takwim China dikatakan keturunan Melayu iaitu Wan-Nien-Li (Wan Nik Li). Takwim itu menjadi takwim rasmi China pada 1281M. Dinasti Yuan bertahan selama 90 tahun di China.
Rasa tidak puashati kepada orang mongol telah menyebabkan satu gerakan pakatan pendekar Islam Wushu dengan rakyat China tempatan bagi menjatuhkan Dinasti Yuan. Kebangkitan seorang pemuda Islam dari Wilayah Selatan Sungai Yang Tze dengan bantuan puak Han bagi membolehkan negara China di perintah oleh orang China sendiri. Tentera Wushu memberontak yang di sebut sebagai Kebangkitan “Serban Merah” melancarkan jihad dipimpin oleh pemimpin orang Islam seperti Kok Tze Hin, Chu Yuan Chang, Ratu Ma, Chang Yui Chong, Hu Dah Hai, Ten Yu, Lan Yui, Mung Ying dan Tang Ho (semua pendekar Wushu Islam) merupakan zaman kebangkitan orang-orang Islam dipimpin oleh Jeneral dari Feng Yang dengan nama chinanya Kuo-Tzu-Hsing (Kok Tze Hin). Setelah kematian Kok Tze Hin, pimpinan disandang oleh anak lelakinya Kok T’iien –Shu, kemudian menantu angkatnya Chu Yuan Chang (1328-1389M). Chu Yuan Chang keturunan Semu (Semitik) mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Ming yang pertama dengan gelaran “Maharaja Hung Wu”. Dinasti Ming adalah dinasti pemerintahan beraja Islam (Ibrahim T.Y Ma,1979:124-135). Permaisurinya Ratu Ma Hon (1332-1382M) memang sah Islam berasal  dari keluarga Ma di An Hui, walaupun tidak dijelas secara terperinci oleh ‘ The Cambridge History of China’ . Ketika berlaku pemberontakan, Putera Chang Chu menentang anak saudaranya, Maharaja  Kien Wen. Cucu Chu Yuan Chang, iaitu kien Wen telah melarikan diri ke Makkah. Walaupun amalan confucianisme dibenarkan dalam istana tetapi agama Islam merupakan anutan keluarga Diraja.

9 orang Panglima Islam Wushu yang bergabung dengan Chu Yuan Chang ialah;
1.      Hsu Tah (1331-1385M)
2.      Ch’ang Yu-Chun (1330-1369M)
3.      Li Wen-Chung (1339-1384M)
4.      T’ang Ho (1325-1395M)
5.      Teng Yu (1336-1377M)
6.      Hu Tah-hai (1367M) dari Ssu Shi
7.      Hua Yun (1321-1360M) dari Huaiyuan
8.      Ting The- Hsing (1367M) dari Ting Yuan, dan
9.      Mu Ying (1344-1392M)
(Sumber Yusuf Chang:1988:8-9)

            Tindakan awal Chu Yuan Chang setelah menawan Nanking ialah mendirikan sebuah masjid jamik dan mencipta sebuah sajak memuji Rasulullah s.a.w. Masjid itu dinamakan Masjid Chin Juieh (Masjid pencerahan murni). ‘Ming’ membawa maksud ‘gilang gemilang’ atau terang benderang mengambil sempena tindakan Rasulullah ketika mula sampai ke Yathrib pada 622M, telah menukarkan nama nama kota itu kepada Madinah al-munawarah membawa maksud “kota gilang gemilang. Catatan dalam dinasti  Ming tentang Cheng Chu adalah Maharaja Yung Lo (beragama Islam)  telah mengharamkan  penternakan dan penjualan babi/khinzir. Di catat dalam sejarah bahawa Pahlawan “Wushu” yang mashor iaitu Laksamana Muhammad Ma Ho atau lebih dikenali dalam sejarah Melaka sebagai Laksamana Cheng Ho, merupakan seorang Islam di Yunan. Masa Muda telah ditawan oleh Keluarga Ming dan diserah kepada Cheng Chu. Beliau telah berkhidmat dengan Cheng Chu sehingga ditukar nama kepada Putera Cheng  Ho setelah Laksamana Cheng Ho membantu Putera Cheng Chu merampas kuasa daripada Maharaja Kien Wen (1398-1403M). Laksamana Cheng Ho telah dilantik memimpin armada laut China. Putera Cheng Chu di gelar Maharaja Yung Lo.  Laksamana Cheng Ho telah memimpin angkatan armada laut China keluar ke laut selatan dan barat dengan 62 buah armada besar  melalui Selat Melaka pada 1405M, tetapi tidak singgah di Melaka. Laksamana Cheng Ho keluar belayar melalui Selat Melaka sebanyak 8 kali. Pelayaran keduanya pada 1405-1424M. Semasa pelayaran balik ke China pada 1407-1409M dan pelayaran ke-4 (1413-1415M), Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka.  Sebagai persaudaraan Islam tanda persahabatan, Laksamana Cheng Ho telah mempelawa Sultan Megat Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama yang menerima Islam mengikutnya ke China untuk menziarahi Maharaja Islam China iaitu Maharaja Yung Lo. Sultan Megat Iskandar Syah telah memperkenan permintaan Laksamana Cheng Ho untuk menziarahi Maharaja Yung Lo. Pembantu Laksamana Cheng Ho ketika itu ialah Laksamana Muda Heo Shien (Hussin) berasal dari Tanah Melayu. Wallahuaklam.

Friday, 11 October 2013

Silat si bunder atau nage nyebrang

JURUS SILAT SIBUNDER


Jurus-jurus didalam sibunder hampir 98% "isi" (dalam pengertian sebenarnya bukan isi dalam pengertian musyrik), kenapa dibilang "isi" karena di semua jurus-jurus bunder itu benar-benar terpakai untuk praktek tanding, tidak ada yang namanya pentilan-pentilan kosong. Bahkan langkah kakinya sibunder saja itu benar-benar diperhitungkan, karena di beberapa silat betawi ada yang menyerang dibagian kaki seperti menendang, menyapu. Diantaranya sabeni silat maenan anak tenabang, silat itu kalau menyerang berbarengan antara menangkis pukulan lawan, memukul ("notok") dengan menyapu kaki lawan yang ada di depan, dan hasilnya pukulan lawan tertangkis wajah lawan dapat kenang-kenangan bonyok plus jatuh ketanah karena kakinya "terslengkat".
 

Informasi teknik silat sabeni ini saya dapat karena bapak saya dan ncing-ncing saya pade bekas belajar sabeni dan saya juga pernah sparing silat dengan bapak saya yang memakai sabeni, hasilnya wah benar-benar maenan yang rapet, cepat, dan lincah karena memang maenan sabeni itu maenan buat berkelahi bukan silat untuk kontes jurus . Ada lagi silat yang benar-benar untuk berkelahi yaitu gerak rasa, coba saja ngetes silat gerak rasa bagi pesilat yang tidak biasa dengan serangan cepat dan bertubi-tubi di jamin kelabakan ngurus serangan silat gerak rasa, karena seperti yang diceritakan di banyak artikel silat bahwa silat gerak rasa itu memang benar-benar mengandalkan rasa bahkan tanpa melihat pukulan saja gerak rasa bisa menangkis.

Kembali kejurus sibunder, total jurus yang dipelajari pada silat sibunder itu kalau ga' salah ada 19 jurus, karena saya belum sampai tamat belajar praktek jurus sibunder ma'lum baru beberapa tahun doang belajar silatnya, diantaranya : 

JURUS KOSONG 

Jurus yang pertama dipelajari oleh murid-murid baru di silat sibunder adalah jurus kosong. Jurus kosong adalah jurus yang dipakai untuk orang tangan buntung atau jika tangan kita diikat atau di borgol dibelakang, dan jurus pertama yang dipelajari ini untuk melatih langkah kaki dan langkah atau pergerakan badan. Jurus kosong mengandalkan gerakan badan dan serangan memakai pundak dan sikut serta kaki tanpa menendang, didalam prakteknya jurus kosong itu lebih unggul jika melawan orang yang menendang karena serangan jurus kosong "menyeruduk" dan karena jika orang menendang itu stabilitas badan jadi lemah dan itu sasaran empuk untuk diserang. Diantara aplikasi jurus kosong ada juga untuk mematahkan kaki lawan, menyerang lawan sampai muntah darah, bahkan jika jurus kosong di "bekap" dari belakang orang yang membekap itu bisa jatoh. Untuk level master jurus kosong bahkan bisa melawan orang lebih dari 3 (di kroyok) dan mesti diingat bahwa semua praktek jurus sibunder itu tidak ada yang memakai mantra-mantra, wirid-wirid, syarat-syarat ataupun upacara musyrik agar dapat mendalaminya. 

JURUS SATU 

Adalah jurus yang pertama dan yang terlama yang harus dipelajari oleh murid-murid silat sibunder, karena jurus satu itu adalah pokok jurus, inti jurus dan prakteknya sangat banyak dan luas sekali bahkan untuk mempelajarinya secara serius dan profesional 3 tahun saja rasanya tidak cukup apalagi jika yang mempelajarinya orang yang belum mengenal silat sama sekali pasti butuh penyesuaian yang cukup lama dalam menguasai semua prakteknya, bahkan orang yang pernah belajar silat saja jika belajar jalan jurus satu akan sama merasakan kesulitan dalam jalan jurus pertama kali yaitu akan merasakan sakit di bagian paha serta betis dan efek keesokan harinya akan lebih parah sakitnya bahkan ada yang sampai tidak bisa bangun karena semua badannya sakit semua, efek ini tidak mengenal fisik orang bahkan seorang angkatan plus hobi bola saja merasakan hal yang sama. 

JURUS DUA

Jurus yang bisa dibilang andalan bagi pesilat-pesilat baru di sibunder karena aplikasi jurus dua ini benar-benar menyerang tanpa ada kompromi dan paling cocok sekali melawan musuh yang memakai tendangan. Jurus dua pada hakekatnya diuntukkan bagi kita yang di ikat atau di borgol kedua tangannya didepan karena pada jalan jurusnya kedua tangan tetap menempel dan dalam keaadan membuka tidak mengepal. Dalam praktek jurus dua melawan tendangan, serangan-serangan jurus dua benar-benar efektif seperti melemparkan lawan, mendorong, menutup tangan lawan bahkan praktek jurus dua bisa merobek selangkangan lawan

JURUS TIGA

Jurus tiga hampir sama dengan jurus dua, perbedaannya hanya tambahan pada prakteknya, pada jurus tiga di khususkan untuk melumpuhkan lawan karena menyerang di bagian ulu hati yang mana memberikan efek pingsan tapi semua praktek jurus dua ada juga di jurus tiga.

Guru besar sibunder Bpk Ust. Margani (bang kute) dulu sewaktu melatih bapak saya dan ncing-ncing saya bahkan pada semua murid-muridnya mengatakan "ente belajar bunder cukup belajar jurus satu, dua ama tiga plus prakteknye terus ente cari guru silat yang paling jago ente lawan kalo kalah ente ga' perlu nginjek lagi rumah ini ame jangan anggep ane guru lagi", dan hasilnya memang bapak saya, ncing saya dan murid-murid yang diajarinnya dulu belum pernah kalah melawan silat laen, bahkan sampai sekarang masih belum ketemu silat yang bisa "jatohin" sibunder. Tapi sekarang secara pribadi saya mengatakan lebih baik sekarang jangan menjatohkan silat laen karena makin hari makin menghilang saja silat di bumi nusantara ini, kalau misalnya sibunder menjatohkan silat lain lagi akibatnya yang belajar silat itu jadi malu dan tidak mau belajar lagi dengan silat yang sudah jatoh itu dan makin lama silat itu tidak ada penerusnya dan terancam punah, mari sama-sama kita lestarikan budaya silat nusantara yang hampir punah ini, marilah sekarang kita pelajari silat itu bukan karena hebatnya bukan karena belum terkalahkannya tetapi marilah kita belajar silat karena seninya. Seperti tradisi yang orang tua dulu mesti ajarkan kepada anaknya "loe harus belajar ngaji ama belajar silat", ngaji berarti kita harus jago masalah agama seperti ibadah, akhlak, tauhid dll, kalau silat supaya kita bisa jaga diri dan keluarga kalau-kalau kita digangguin ama orang nanti.

Thursday, 10 October 2013

Warisan Pukulan Mat Kelang

WPMK: Asal dari China?

Terdapat persoalan yang berlegar dari minda anak-anak WPMK tentang asal-usul permainan ini. Menurut dari Guru Abbas, beliau mendengar dari pertuturan almarhum Mat Kelang bahawa permainan ini asal dari Negara China. Dari kalangan guru Aliran Tek Bong, ada pula mengatakan ia berasal dari gerak ciptaan Mat Kelang sendiri, hasil dari pembelajaran Mat Kelang terhadap permainan Melayu Bugis, serta pembelajaran Almarhum di Negara China sendiri..

Mat Kelang pernah pergi China???

Benar, menurut Pak Abbas.

Pak Abbas telah menceritakan pada awal usia, Almarhum memang mempelajari  pelbagai ilmu zahir dan Bathin. Beliau telah mendalami kebatinan dari pelbagai pihak, sehingga telah mencapai tahap yang tinggi, seperti dalam ilmu gagah, ilmu meringankan badan, penggunaan wafak dan lain-lain.Dalam ilmu pukulan ini, diceritakan bahawa beliau berkelana ke indonesia, kepulauan Riau,ke india dan China. Semasa berkelana itulah, beliau telah mempelajai ilmu pukulan dari pelbagai tempat dan bangsa. Pernah semasa hari  kematian Anakanda Almarhum Mat Kelang, iaitu Almarhum Hj Jantan, terdapat seorang tua tinggi yang hitam kulitnya, telah berziarah ke rumah Arwah dan mempekenalkan dirinya sebagai adik seperguruan Almarhum Mat Kelang  dari Riau. Pada masa itu, tiada siapa yang mengenali beliau, dan beliau datang dalam keadaan entah dari mana. Kisah ini diceritakan oleh En Mamat kepada saya, sewaktu bertandang ke rumahnya. Sekurang-kurangnya kitaboleh mengiyakan bahawa Almarhum Mat Kelang telah merantau di bahagian kepulauan Melayu kerana ingin mendapatkan ilmu persilatan.
 
Terdapat satu dakwaan mengatakan kononnya, jika orang cina melihat permainan Mat Kelang, mereka akan mengatakan itu adalah permainan orang-orang tua cina dahulu. Sebenarnya ini mengarut dan pembohongan dari orang-orang yang suka dakwa-dakwi. Mana ada orang cina kata begitu, kalau ada orang kata begitu, sudah pasti Mendiang Tek Bonglah yang berkata demikian! Tapi Mendiang tak pernah mengatakan demikian, walaupun beliau adalah seorang Cina Baba yang mahir dengan persilatan, kung fu dan lain-lain. Disini letaknya Hints yang menunjukkan permainan ini agak berbeza dari permainan Pengaruh Cina. Kalau sama, takkanlah Mendiang Lee Tek Bong dan muridnya tak nampak. Namun, Permainan ini memang  mempunyai sedikit pengaruh permainan Cina, kerana apabila anda menyebut permainan ini dari Cina, sepatutnya WPMK mempunyai pecah @ dipanggil Quan/kata/Forms tertentu. Jika anda meneliti permainan Kuntau dan Lian, Anda akan mendapati wujud Pecah Kuntau dan Latihan Lian 12. Namun, dalam WPMK, perkara ini wujud, iaitu latihan belebat pecah empat yang sangat mudah dan agak identik dengan Quan/Forms. Disamping itu, jika anda mempelajari kaedah yang betul dalam WPMK, kekuda adalah satu elemen yang penting, dan permainannya bukan permainan yang tinggi, serta latihan yang lebih kerap pada buah yang menggunakan tangan. Sebenarnya, ini merupakan elemen yang sama dalam kungfu aliran Selatan, yang menekankan kepentingan kekuda yang kukuh dan mengutamakan penggunaan tangan. Sekurang-kurangnya, kita boleh bersetuju mengatakan permainan ini mempunyai pengaruh Cina, namun bukan keseluruhan. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembawaan sesetengah aliran WPMK yang menyebut kekuda tidak ada, dan gerak agak rendah...saya tidak mengatakan ia salah, mungkin guru yang mengajar itu mempunyai kefahaman yang tersendiri.
 
Hakikatnya, Dalam WPMK ini, kita sangat ditekankan akan kefahaman buah itu sendiri. Apabila kita memerhatikan senarai buah dan peringkat buah itu sendiri, akan wujud satu analisa yang jelas, bahawa WPMK ini mempunyai elemen permainan Bugis seperti Pukulan Sendeng dan Pukulan Bawean.  Disini, perlu difahami, bahawa permainan yang dibawa bugis adalah permainan berjarak dekat. Dulu, sewaktu saya bersama Guru Arwah Hj Ismail, beliau menceritakan bahawa permainan seperti Sendeng adalah permainan didalam peperangan, Kata Beliau, jika anda melihat Pesilat Sendeng memasang pukul, anda boleh membayangkan bahawa tangan dihadapan memegang perisai dan tangan yang melapis adalah tangan yang bersenjata. Maka boleh disimpulkan keadaan badan yang dipasang sewaktu bersenjata adalah sama sewaktu tanpa bersenjata. 
 
Apabila Bugis menyerang, mereka tidak akan menyerang dalam keadaan menahan atau berjarak Jauh. Apa yang berlaku adalah mereka akan masuk sehampir mungkin pada musuh, ibarat hampir berlaga kepala dengan kepala @ mainannya sejengkal dari Ulu Hati Musuh. Geraknya juga kurang menepis dan membuang, sebaliknya menggabungkan elemen Menunggu dan Menyerang dalam satu Gerak, Bahkan bersifat menyerang/menyerbu dalam satu arah, menjadikan musuh tidak bersedia dan lintang pukang. Sebab itu, Pahlawan dan hulubalang Bugis sangat digeruni musuh penjajah dan Orang Tanah Melayu sendiri. Manakan tidak, mereka boleh datang tanpa diduga, alih-alih sudah ada depan mata! Untuk makluman tambahan, Almarhum Mat Kelang sendiri adalah berketurunan Bugis. Dari pemerhatian Gerak dan buah WPMK ini, dapat saya simpulkan bahawa elemen pukulan melayu terutama dari Warisan Ilmu Perang Tanah Ugi wujud, kerana karakter dan petua pukulannya adalah identik.

Secara Umumnya, kita boleh bersetuju apabila memperkatakan bahawa WPMK mempunyai pengaruh Cina. Malahan ia juga mempunyai pengaruh permainan Bugis yang ketara. Saya suka membandingkan ia dengan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dan Buah Pukul Mersing, kerana didalam sendeng, terdapat elemen Kuntau(yang mirip dengan Aliran Cina) dan  Elemen Bugis(Sendeng serta kaedah 7 hari), manakala Lian pula, mempunyai latihan Lian(Syed Abdul Rahman AlYunani yang berasal dari Yunnan @ tanah besar China membawa latihan Lian yang semestinya berbentuk kecinaan) dan juga susunan buah pukulnya yang diwarisi dari Almarhum Awang Daik dan Pak Long Mat Yassin, yang mana kedua-dua guru besar ini adalah pengamal gerak Sendeng dan Sunting. Mungkin kerana saya sendiri mempelajari Sendeng dan Lian, alhamdulillah, ia menyebabkan saya dapat meneliti gerak dan permainan WPMK melalui pemahaman mengenai falsafah gerak Bugis/Melayu dan Gerak Cina. Maka kita boleh panggil pukulan ini Hybrid,hehehe.

Jadi Adakah Permainan ini permainan Melayu?
 
Ya, ia permainan Melayu kerana Gurunya(Almarhum Mat Kelang) adalah Melayu Bugis, yang telah mengajar anak-anak Melayu dan Bukan Melayu akan buah-buah pukulan hasil dari pembelajaran Guru itu sendiri terhadap pelbagai gerak dan permainan bangsa Cina,Melayu dan lain-lain.Ia menunjukkan betapa tinggi kefahaman guru-guru kita dalam menuntut ilmu dan mampu menerbitkan imu yang bermanfaat dan berkesan. Kesan ini masih wujud hingga sekarang apabila kita melihat ramai anak-anak WPMK, baik melayu dan bukan Melayu  mempunyai perguruan sendiri dan menggabungkannya dengan Gerak lain yang telah dipelajari. Ini tidaklah salah, kerana Guru -guru kita terdahulu telah melakukan perkara yang sama....TAK SALAH JIKA GERAK  INGIN DISATUKAN ASAL FAHAM APA YANG BOLEH DISATUKAN..

Seni Silat Ikatan Kalam Utama

KISAH AWAL MAHAGURU YAHYA SAID MENGEMBANGKAN SILAT SEHINGGA DITERUSKAN OLEH DR ZAHALAN MAN. 

Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) terus menetap di Batu Kurau, Perak, selepas sahaja menamatkan perkhidmatannya ( pencen ) sebagai seorang anggota polis. Beliau hidup di situ bersama-sama isterinya ; Mak Teh dan anak tirinya ; Allahyarham Mansur ( Pak Mansur ). Menjual ubat-ubatan tradisional merupakan bidang pekerjaannya di zaman pencen. Kadang-kadang di pekan Batu Kurau dan di beberapa tempat di Negeri Perak Darul Redzuan dan kadang-kadang di luar negeri Perak ( biasanya di Kuala Lumpur, Sg. Petani , Alor Setar dan Kota Bharu ).

Suatu hari, Pak Ya didatangi oleh rakan baiknya. Hajatnya untuk menangkap seseorang samseng yang berada di kawasan Batu Kurau. “ Tak payahlah !. Di sini tempat ‘orang terbuang’ (buang daerah) dan banyak pula samseng serta tok-tok guru silat “ , nasihat Pak Ya kepada rakannya itu. Nasihat itu sepatutnya diterimanya kerana Pak Ya sendiri adalah bekas anggota polis yang berkhidmat lama di situ dan sudah tentu beliau lebih mengetahui akan persekitarannya itu. Namun, rakan Pak Ya tetap nekad dengan keputusannya itu.
‘Baiklah, kalau hang (kamu) tetap berkeras mahu menangkapnya, hang mai (mari) try (cuba) dengan aku dulu. Aku ni kira paling lekeh di kalangan depa (mereka) tu’ . Rakan Pak Ya itu pun ‘memasang langkahnya’ lalu menyerang Pak Ya dan keputusannya, rakannya itu kalah di dalam ujian percubaan itu.

Kejadian itu rupa-rupanya disaksikan oleh seseorang penduduk sekitar di waktu itu. Dan berita ‘kemenangan’ Pak Ya itu pun disebarkan di kebanyakan kawasan di Batu Kurau dan semenjak itu Pak Ya menjadi ‘buruan’ para pencinta Seni Silat. ‘Menjadi’ rupa-rupanya ilmu silat yang dituntut oleh Pak Ya dari tangan Allahyarham gurunya ; Panglima Tok Rashid bersama-sama anak kandung Tok Rashid yang bernama Bidin selama 3 tahun.

Ke mana pun Pak Ya pergi, akan ada mata yang tertumpu kepadanya. Anak-anak muda sanggup ‘mengayuh basikal’ mengikut beliau ke mana sahaja beliau tujui semata-mata untuk mengenal dengan lebih dekat siapakah ‘orang tua pencen’ yang namanya baru harum mekar itu.

Seorang guru silat di situ yang digelar ‘PANGLIMA’ pun turut tertarik untuk mengenali Pak Ya dengan lebih dekat. Kalau boleh dia pun mahu menguji sejauh mana kemahiran Pak Ya bersilat. ‘Dipukul canang’ ke seluruh pelosok daerah Batu Kurau bahawa ‘panglima’ ini mencabar Pak Ya bertarung ‘one by one’.

Berita ini pun sampai ke telinga Pak Ya. “Daripada dia mai (mari) kat (pada) ku, lebih aku pi (pergi) kat dia. Dah dia berhajat sangat nampaknya “ ; kata hati Pak Ya. Pada pagi itu, Pak Ya bersiap-siap mengenakan songkok hitam di kepalanya, berbaju kemeja dan berkain sarung (pelikat). Basikalnya pun dikayuh menuju ke rumah ‘Panglima’ itu. Beberapa biji kueh pau pun turut sama dibawanya tergantung di ‘handle’ basikal itu. Melihat kelibat Pak Ya menuju ke rumah ‘Panglima’ itu maka riuhlah beberapa penduduk sekitar dan masing-masing turut sama ke rumah ‘Panglima’ itu untuk menyaksikan satu ‘sayembara’ (pertarungan) yang bakal berlaku sebagai mana di dalam fikiran mereka selama ini.

Sesampai sahaja ke rumah ‘Panglima’ itu, Pak Ya pun melaung dan memanggilnya. ‘Panglima’ pun ‘menonggol’ (muncul) di depan pintu rumahnya dan bertanya : “ La , hang (kamu) ka ?. Awat (kenapa) mai (datang) sini ? “. Pak Ya pun menjawab : “ Dah aku dengaq (dengar) hang (kamu) dok sebut-sebut nama aku, aku pun mai (datang) lah “.
“ Ni ada kueh pau, hang ambik bagi kat (kepada) anak-bini hang makan. Mai (marilah) kita turun ke gelanggang depan rumah hang ni “ , ujar Pak Ya lagi. ‘Panglima’ pun turun ke gelanggang yang terletak di hadapan rumahnya. Gelanggangnya dibuat secara tradisional. Berdindingkan daun-daun nipah dan di sebelahnya ada sungai kecil yang jernih airnya.

Pak Ya dan ‘Panglima’ sudah siap dengan ‘sikap pasang’ masing-masing. “ Hang nak serang dulu ka atau aku ? “ ; tanya Pak Ya kepada ‘Panglima’ . “Hang lah serang dulu” ; jawab ‘Panglima’ . Lalu Pak Ya pun mula menyerang dan sebaik-sahaja tangan beliau bersentuhan dengan tangan ‘Panglima’ , Pak Ya langsung ‘potong’ (makan balik) pergerakan ‘Panglima’ dan ‘Panglima’ jatuh kalah. “ Tu aku pakai peringkat kedua silat aku “ , tutur Pak Ya kepada ‘Panglima’. 

“ La ni (sekarang), hang pulak serang aku dan aku sambut “ ; minta Pak Ya. ‘Panglima’ pula menyerang Pak Ya dan akhirnya tersungkur jatuh sekali lagi dek penangan Pak Ya. “Hak ni (yang ini) peringkat pertama silat aku” ; terang Pak Ya kepada ‘Panglima’ tanpa Pak Ya ambil peduli adakah ‘Panglima’ itu tahu apakah jenis silat yang digunakan oleh Pak Ya dan apakah pula isi-isi pelajaran silat Pak Ya itu. 

“ Sekarang ni, hang serang aku sekali lagi dan gunakanlah segala kepandaian hang untuk kalahkan aku “ ; kata Pak Ya kepada ‘Panglima’ itu. ‘Panglima’ itu pun akur dan menyerang sekali lagi. Pak Ya pun bertindak ‘menyambut’ serangan itu dan akhirnya ‘Panglima’ itu tercampak melanggar dinding gelanggangnya itu lalu masuk ke dalam sungai kecil di tepi gelanggang itu.

Peristiwa itu rupa-rupanya dilihat secara ‘intai-intai’ (intip) oleh beberapa individu yang mengekori Pak Ya semenjak tadi. Lalu peristiwa itu pun ‘heboh’ diceritakan oleh penduduk sekitar dan nama Pak Ya pun semakin ‘top’.

Semenjak itu, beberapa penduduk sekitar pun meminta Pak Ya mengajar silat kepada mereka dan Pak Ya pun menunaikan hajat mereka itu. Bermulalah satu lembaran sejarah baru di dalam kehidupan Pak Ya. Di saat itu ( tahun 1962) dua belas (12) orang diterima sebagai murid-muridnya sebagai ‘angkatan sulung’ secara rasmi.

Memang Pak Ya sebelum ini biasa juga mengajar silat kepada rakan-rakannya yang sama-sama menjual ubat-ubatan tradisional. Tetapi caranya lebih kepada ‘menunjuk sedikit-sebanyak kepada kawan-kawan’ berbanding ‘menerima sebagai anak-anak murid secara rasmi (diijazahkan)’.

Sebelum tahun 1962 itu, Pak Ya hanya mengajar secara ‘sebiji-dua biji buah’ kepada kawan-kawan rapatnya. Mengajar secara ‘berkawan’ dan ‘secara tidak rasmi’.
Pada tahun 1938, Pak Ya pun pernah mengajar Silat  ini kepada para pemuda di Batu Kurau. Di antaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari Silat ini.

Ada juga seorang kawan baik Pak Ya berhajat benar mahu mempelajari Silat. Beliau kelihatan sangat bersungguh untuk belajar. Katanya : “ Abang Ya, ni aku bagi kat hang (kamu) RM (Ringgit Malaysia) 300 dan hang mesti ajar aku dalam masa 6 hari “. RM 300 di waktu itu adalah jumlah yang besar, lebih-kurang RM3000 (Tiga Ribu) pada hari ini.  Apakah yang dapat dipelajari dalam masa 6 hari sahaja ?. Namun demi menyempurnakan ‘hajat’ temannya itu, Pak Ya pun akur dengan hajatnya itu.

Setelah selesai 6 hari, Pak Ya pun bertanya kerana hairan dengan kesungguhan kawannya itu. Barulah kawannya itu menjelaskan niat sebenarnya belajar Silat itu, mahu membalas dendam katanya.

Pak Ya pun menyatakan : “ Yang aku bagi kat hang tu sebenarnya tak boleh pakai pun untuk hang berhadapan dengan musuh hang tu. Sebab itu (pelajaran) peringkat pertama. Kalau hang nak-nak (berkehendak) juga pakai (guna) hang kena buat begini……. Mula-mula hang sampai ja dengan dia hang kena meludah depan dia (hadapannya). Pastu (Selepas itu) hang kena cabar dia dengan kata (berkata) yang hang tak heran (tak takut) dengannya. Bila (apabila) dia geram, tentu dia akan serang hang. Dan waktu tu (ketika itu) barulah buah-buah yang aku ajaq (ajar) hang tu laku (bernilai = dapat diguna-pakai) “. 

Pada tahun 1949, Pak Ya telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia sebagai penjual ubat-ubatan tradisional. Pada masa itulah, Pak Ya berkenalan dengan Yahya Abdullah @Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor (yang kemudiannya menjadi anak tiri beliau) .
Jadi, semua yang datang belajar Silat dari Pak Ya sebelum  tahun 1962 itu adalah secara ‘kawan-kawan’ dan ‘tunjuk sebiji-dua dan ‘ bukan secara rasmi dan diijazahkan’. 

‘Diijazahkan’ artinya menerima sebagai anak murid secara rasmi. Dimulai dengan penerangan ringkas mengenai silsilah dan konsep Silat. Duduk ‘berlaga lutut’ di antara guru dengan murid di atas kain putih. Diikuti pula oleh bacaan dua kalimah syahadah, selawat, doa dan ikrar. Disertakan juga dengan ‘pengeras’ (mahar) untuk belajar sebanyak RM (Ringgit Malaysia) 10.33 sen dan sebilah ‘pisau lipat’. (Insya-ALLAH nanti akan diterangkan kemudian di dalam tulisan lain mengapakah begitu ‘pengeras’nya). 

12 orang murid-muridnya itu pun memulai latihan Silat di halaman rumah Pak Ya. Setiap orang dari mereka diminta untuk membawa “sebekas tali” untuk latihan akan datang. Apabila hari kemudiannya menyusul, mereka (murid-murid) itu pun terkejut kerana di halaman rumah Pak Ya telah terpacak beberapa tiang kayu (bukan papan sekeping). Setiap anak murid ditambat (diikat) ke tiang tersebut dan mesti bersedia ‘menyambut serangan’ dari Pak Ya ke atas mereka. Inilah tradisi pendidikan Silat Kalam di peringkat asas. 

“ Awat (mengapa) Pak Ya tambat (ikat) depa (mereka) ke tiang ? “ ; soalan yang pernah ditanya kepada Pak Ya oleh muridnya kemudiannya apabila Pak Ya menceritakan kembali detik-detik ini. Pak Ya menjawabnya : “Hang bukan tak tau, Batu Kurau tu tempat ramai orang pandai-pandai silat. Depa pun serba-sedikit pun dah memang pendekaq (pendekar). Kalau aku tak tambat depa ke tiang tu, dah tentu depa akan lari dan tidak akan sambut serangan aku. Bila dah jadi macam tu (sebegitu), bila nak timbul pelajaran dan keberanian depa ? “. 

Selepas beberapa hari murid-murid itu dididik di ‘tiang-tiang’ yang dipacakkan di halaman rumah Pak Ya, beliau pun menukar ‘pendekatan pendidikannya’ dengan menjadikan ‘papan sekeping’ pula sebagai medan latihan yang baru.

Setiap anak murid perlu pula ‘menyambut serangan’ Pak Ya di atas papan sekeping. Papan sekeping di kala itu adalah sekeping papan kayu yang lebarnya tidak lebih dari 12 inci. Di bawahnya pula dilapik dengan beberapa ketulan kayu tebal agar papan itu tidak ‘melendut’ (bengkok) mencecah tanah.

Siapakah yang sanggup tetap berdiri di atas papan sekeping itu dan menyambut serangan Pak Ya ?. Pak Ya menceritakan lagi dengan katanya : “ Elok saja (sebaik sahaja) depa (mereka) tinggalkan tiang tu dan berdiri atas papan sekeping, habis semua lari dan mengelak serangan aku. Hilang semua pelajaran yang depa terima (di) masa depa kena tambat di tiang tu “ ; rungut Pak Ya. Selepas selesai cara latihan seperti itu, mereka pun “dimandikan” (mandi hayat peringkat 1) dan diminta pula untuk berlatih di dalam rumah Pak Ya sendiri dan tidak lagi di halaman depan rumah Pak Ya.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Akhirnya yang bertahan hanyalah dua orang. Pak Di (Imam Haji Mohammad Zohdi @ Ustaz Zohdi) adalah di antara kedua orang yang tetap bertahan belajar walaupun usianya di kala itu masih muda remaja dan kebetulan beliau di masa itu telah pun bergelar “Jurulatih Silat Gayung Fatani”.

Sehinggalah pada suatu hari, Pak Ya bermimpi didatangi oleh guru Silatnya ; Panglima Tok Rashid yang menyatakan di dalam mimpi itu : “ Aku pesan dah kat hang. Silat  ni mesti hang curahkan terlebih dahulu di Negeri Kedah sebelum ia berkembang ke tempat-tempat lain “. 

Pak Ya pun selepas itu ( tahun 1965) menuju ke Negeri Kedah Darul Aman (tepatnya di Alor Setar) untuk mengembangkan Silat. Di sana, Pak Ya mengajar 20 orang murid-muridnya di situ termasuklah Allahyarham Fadzil ( salah-seorang yang berketurunan Panglima Tok Rashid : guru kepada Pak Ya) dan Allahyarham Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad (yang kemudian mengasaskan Silat Cekak) di bawah naungan Perkumpulan Budaya Sri Kedah. Ketika itu Silat Pak Guru semakin berkembang pesat hinggakan sampai ke Bandar Ipoh (Perak) , Kota Bharu (Kelantan) dan ibu kota Kuala Lumpur. Tempat-tempat itu adalah tempat biasa didatangi oleh Pak Ya sebelum ini untuk menjual ubat-ubatannya. Di Kota Bharu, Allahyarham Mansur (Pak Mansur : anak tiri kepada Pak Ya) dan Pak Ya sendiri memainkan peranan mengembangkan Silat ini.

Di Kota Bharu ini, Pak Mansur berkenalan dengan seorang bekas tentera yang kemudiannya turut sama menjual ubat-ubatan tradisional. Azmi Long namanya (Allahyarham Cikgu Azmi Long) . Apabila Azmi Long ‘menguji’ kemahiran Pak Mansur di sana, di dapati ilmu silat yang ada pada Pak Mansur ‘lebih-kurang sama’ dengan apa yang ada pada Pak Mansur. “Awat silat hang lebih-kurang sama macam silat aku ?” ; tanya Azmi Long kepada Pak Mansur. Azmi Long ketika itu telah pun belajar SILAT CEKAK daripada Allahyarham Ustaz Hanafi di Alor Setar. Adiknya ( Allahyarham Redzuan Long @ Cikgu Redzuan Long ) pun turut sama mempelajarinya dari tangan Ustaz Hanafi sebelum tahun 1968. 

“Aku tak tau. Aku belajar di Batu Kurau. Tok guru aku bernama Yahya Said” ; jawab Pak Mansur yang kemudian menulis nama dan alamat gurunya itu di atas secebis kertas dan menyerahkannya kepada Azmi Long. Azmi Long kemudiannya menuju ke Batu Kurau. Rumah Pak Ya menjadi destinasi yang ditujunya. Niatnya adalah untuk mendalami Silat dari tangan Pak Ya.

Sebaik sahaja Azmi Long sampai di rumah Pak Ya, beliau dapati Pak Mansur pun turut berada di situ. “Hang pun ada sini, Mansur. Hang buat apa sini ? “; tanya Azmi Long kehairanan.
“Ni lah rumah aku. Pak Ya tu pak tiri aku” ; jawab Pak Mansur. 

“La, awat tak habaq (beritahu) kat aku Pak Ya tu pak tiri hang ?”; tanya Azmi Long lagi seperti tak puas hati dengan sikap Pak Mansur yang tidak memberitahunya dengan lebih lanjut mengenai Pak Ya ketika mereka berdua di Kota Bharu dahulu. 

“Dah hang tak tanya, buat apa aku nak habaq ?“ ; jawab Pak Mansur dengan selamba.
Semenjak Azmi Long ‘menerima’ Silat dari tangan Pak Ya, Silat ini semakin pesat berkembang. Bahkan di beberapa kem tentera di Negeri Kedah ( Kem Tentera Sg. Petani ) dan Negeri Johor Darul Takzim ( Kem Majidee) , Silat diterima dengan baik oleh pasukan tentera. Faktor Azmi Long sebagai bekas seorang anggota tentera juga memainkan peranan utama di dalam perkembangan Silat  ini.

Usaha mengajar di kem tentera ni dipikul pula sehingga sekarang oleh Grandmaster Zahalan Man yang kini mengembangkannya dengan mengajarkannya kepada anggota-anggota polis cawangan Agama BAKA.

Wednesday, 9 October 2013

TOMOI

art of self defence-Seni bela Diri- Tomoi
TERBIT rasa kagum bila menyaksikan pergerakan kaki dan tangan yang pantas dan lincah digayakan peninju tomoi atau lebih dikenali sebagai sukan Muay Thai. Seakan sukan tinju seperti yang sering kita saksikan dalam pertarungan di peringkat antarabangsa, tetapi Muay Thai menggunakan kaki dan tangan sebagai fokus perlawanan.Bagi menjejaki sukan Muay Thai, “Sukan ini bukan saja memerlukan seseorang fokus kepada lawan masing-masing tetapi turut menggunakan pergerakan tangan, kaki, siku dan lutut.“Berbeza dengan tinju yang membataskan serangannya dengan tumbukan, Muay Thai menampilkan pergerakan lebih menyeluruh.

Bagi peserta baru, mereka akan didedahkan dengan teknik sepak dan tumbuk pau sebagai pendedahan awal sebelum mempelajari banyak skil dalam sukan Muay Thai.Selepas menguasai peringkat asas, peserta akan diajar pula taktik, latihan tumbukan, sepakan kombinasi (pad work) dan light sparring untuk memastikan sama ada peserta dapat menguasai teknik yang diajar. Pertandingan Muay Thai biasanya berlangsung sebanyak enam pusingan dengan tempoh lima minit bagi setiap pusingan.Menariknya, setiap pertandingan bermula dengan tarian langkah sembah oleh setiap peserta.

Mart of self defence-Seni bela Diri- Tomoiuay Thai atau Tomoi adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand.
Ia dikaitkan dengan sains lapan anggota badan, termasuk penggunaan tumbukan, tendangan, lutut dan siku.
art of self defence-Seni bela Diri- Tomoi
Muay Thai menampilkan peralatan seperti sarung tangan tinju, seluar pendek tetapi lebih lebar (untuk memudahkan pergerakan), pembalut tangan dan monkung atau pengikat kepala yang biasanya digunakan ketika menyertai pertandingan.

Tuesday, 8 October 2013

Seni bela diri Ninja

di petik dari http://onepiece-shippuden.blogspot.com/2008/12/seni-bela-diri-ninja.html

art of self defence - seni bela diri - seni bela diri ninja
Seni bela diri Ninja yang misterius Rahasia dan kegelapan merupakan ilmu beladiri Jepang yang langka dan kini mulai dikenal di seluruh dunia. Menekuni ilmu ninja dengan baik dan benar, orang dapat memiliki ketajaman visi atau waskita.

Ninja adalah sosok yang terampil beladiri, ahli menyusup dan serba misterius. Namun tidak identik dengan pembunuh brutal, berdarah dingin, pembuat onar, penebar kekacauan, dan sabotase. Ninja adalah nama seseorang yang menguasai seni beladiri Ninjutsu. Nin artinya pertahanan dan jutsu adalah seni atau cara.

Sekitar abad ke-16, ninja mulai dikenal sebagai clan di kota Iga dan Koga. Profesinya sebagai intelejen tingkat tinggi dalam pemerintahan feodal di Jepang. Berdasarkan keperluan, clan mengajarkan ilmu beladiri secara rahasia dikeluarganya saja. Ilmu itu kemudian dikenal sebagai Ninjutsu. Ilmu itu meliputi falsafah Bushido, spionase, taktik perang komando, tenagadalam dan tenaga supranatural.

Ilmu ninja hanya mengenal tendangan, lemparan, patahan dan serangan. Dilengkapi dengan teknik pertahanan diri seperti jatuhan, rolling dan teknik bantu seperti meloloskan diri, mengendap dan teknik-teknik khusus lainnya. Ninja akan menghindari kontak langsung, sehingga mengandalkan alat lempar, lontar, tembak dan penyamaran lebih sering digunakan, juga ilmu spionase, sabotase, melumpuhkan lawan dan menjatuhkan mental seperti prajurit komando. Salah satu tujuan dan sasaran adalah mempertajam indera keenam.

Untuk menjadi ninja, sangat berat. Harus latihan sejak berusia lima tahun. Hasilnya, ninja mampu meloloskan diri dari ikatan atau menyelinap, mampu menyelam tanpa alat bantu lebih dari lima menit, diam seperti patung, puasa berhari-hari atau melompat hingga ketinggian tiga meter. Ninja harus membaktikan seluruh hidupnya untuk ninjutsu. Tidak ada ampun bagi ninja yang membelot atau berkhianat, akan dicari dan harus menerima hukuman dari pimpinan keluarga ninja.

art of self defence - seni bela diri - seni bela diri ninja

Ninja menggunakan kostum khusus agar tidak dikenal. Mulai wajah, ujung tangan sampai ujung kaki dibalut kain hitam untuk malam, putih jika musim salju atau coklat-hijau saat di hutan. Bajunya punya kantung-kantung penyimpanan senjata, alat, makanan kering, racun dan obat. Untuk menutupi dirinya, suatu saat ia menjadi pendeta, keesokan harinya menjadi pedagang dan entah lusa menjadi apa.

Ninja dikatakan terlarang oleh Shogun Tokugawa di abad ke-17. Tahun 1950 larangan itu dicabut pemerintah Jepang. Salah satu aliran ninja yang membuka diri dan membawa misi untuk memperkenalkan ninja kedunia luar adalah pewaris dari generasi ke-34, Masaaki Hatsumi, Ph.d yang profesi sehari-harinya adalah seorang tabib, ahli penyembuhan tulang (Chi-ropractor). Pada 1976-1978, ninjutsu diajarkan ke Amerika Serikat oleh Stephen K. Hayes, yang berguru pada Hatsumi sensei. Sejak itu, ninjutsu berkembang pesat dan menjadi beladiri yang banyak diminati.

Ninja memiliki 18 tingkatan ilmu fisik. Selebihnya latihan batin. Setelah menguasai level ini, pendekar ninja dianggap sebagai orang bijak, dukun atau paranormal karena kemampuannya menyatu dengan alam dan mengatur siklus alam sekitarnya.

Secara global, ninja diawali dengan latihan Seishin Teki Kyoyo (pemurnian jiwa). Lalu berlatih Tai Jutsu (tarung tangan kosong), Ninja Ken (pedang ninja), Bo Jutsu (jurus tongkat dan bilah), Shuriken Jutsu (senjata lempar), Yari Jutsu (jurus tombak), Naginata Jutsu (jurus pedang bertongkat), Kusari Gama (jurus rantai dan bandul), Kayaku Jutsu (ilmu peledak-pembakaran), Henso Jutsu (menyamar dan membaur), Shinobi Iri (mengintai dan menyusup), Ba Jutsu (ilmu berkuda), Sui Ren (ilmu tempur didalam air), Bo Ryaku (ilmu strategi), Cho Ho (ilmu mata-mata/spionase), Inton Jutsu (teknik meloloskan diri dan menghilang), Ten Mon (meteorologi), dan Chi Mon (geografi).

Zaman modern, pelatihan ninjutsu atau ilmu ninja meliputi pengembangan fisik, pengembangan mental dan pengembangan spiritual. Secara fisik dimulai dengan taiso senam membiasakan diri berjalan di atas tiang horizontal yang sempit, berlari di balok miring dan melompat di semak-semak rendah, berguling, melompat dan melakukan gerakan-gerakan menyerupai yoga.



art of self defence - seni bela diri - seni bela diri ninja
Kemudian disusul pelatihan Tai jutsu atau beladiri tangan kosong, teknik mematahkan tulang (Koppo Jutsu) dan kuncian (Juntai Jutsu), Bo Jutsu atau permainan tongkat, Tanto Jutsu atau permainan pisau kecil, Ken Jutsu atau permainan pedang lurus pendek dan Shuriken Jutsu atau senjata rahasia.

Beberapa kota di Indonesia sekarang telah memiliki perguruan ninjutsu yang jelas, orientasinya positif, sejalan dengan kehidupan ninja masa lalu yang bertugas membela keluarganya, sedang ninjutsu lebih luas, yakni berlatih untuk bela negara dan bangsa.

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH MALAYSIA

Pengenalan 

Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan Selendang Merah telah didaftarkan pada 5 Januari 2000 di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan WPKL. Pertubuhan ini diasaskan oleh yang berbahagia Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari selaku Guru Utama dan penaung. Pertubuhan ini mencakupi gerakan beladiri, dakwah, persaudaraan dan keselamatan, ekonomi, sosial dan perkembangan ilmu pengetahuan serta membina rangkaian. 

Tujuan utama Gerakan Selendang Merah ialah menyatupadukan bangsa Melayu berteraskan semangat jati diri sejati (semangat jihad) bangsa Melayu. Semangat jihad ini diwarisi dari pejuang-pejuang Islam khususnya daripada bangsa Melayu itu sendiri iaitu Kiai Panglima Haji Salleh (Kiyai Salleh), Panglima tentera Selempang Merah atau Selendang Merah yang menentang komunis di Tanah Melayu. Perjuangan Panglima Kiai Salleh telah mendaulatkan maruah agama Islam serta bangsa Melayu dari ancaman komunis dan kuncu-kuncunya.

Pemupukan semangat jati diri sejati (semangat jihad) dimulakan dengan aktiviti beladiri iaitu Seni Silat Kuntau Selempang Merah. Gerakan silat ini merupakan gerakan yang mudah dipelajari, cepat mahir dan mampu membela diri dari ancaman musuh dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia juga meningkatkan keyakinan diri yang sejati.

Pertubuhan ini yakin ramai orang-orang Melayu mempunyai semangat jatidiri. Ianya mampu disatukan semula dengan lebih terancang demi perjuangan agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Sejarah Kiai Panglima Haji Salleh Bin Haji Karim

Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Aisyah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.


Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. alauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

Monday, 7 October 2013

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA)Spring 12


Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie dari Kampung Tupung Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit. Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. Namun demikian ada beberapa lagi tambahan jurus yang tidak di ajar kepada semua Ahli PSMA demi Silat itu sendiri. Contohnya Guru perlu menilai tingkah laku anak murid sebelum memberi semua Ilmu dan Jurus. Ini adalah kerana kita tidak mahu Ilmu yang dia ajarkan ini di salah guna dan untuk tujuan bermegah diri.

Latar belakang Arwah Bojeng bin Sham

Arwah Pak Bojeng Bin Sham mula menuntut ilmu persilatan dengan bapa saudaranya Arwah Hj Jeraei pada tahun 1930.

Disini saya senaraikan rakan seperguruan Arwah Bojeng Bin Sham semasa belajar dengan Arwah HJ jeraie atau dengan kata lain, anak murid Arwah HJ Jeraei pada waktu itu ialah:

  1. Arwah Bojeng Bin Sham
  2. Ngah Nawi
  3. Nek Den
  4. Nek Rostam
  5. Pak Kamin (PSMA Spring12 Cawangan Bau)
  6. Pakcik Liu (PSMA Spring12 Cawangan Bau)
 ada beberapa lagi penuntut yang telah meninggal dunia tetapi tidak dapat diingati nama mereka. Namun perjuangan yang akan dikenang selamanya adalah perjuangan arwah Pak Bojeng dengan rakan-rakannya iaitu dari 12 perguruan yang berusaha memertabatkan seni persilatan agar dapat bertapak dengan kukuh di Sarawak.

Mereka inilah tonggak penubuhan Rumpun Silat Sarawak atau singkatannya dikenali sebagai RSS. 12 Perguruan asal keramat tersebut adalah:
  1. Pencak Silat Melayu asli (PSMA Spring12) Guru: Arwah Bojeng Bin Sham
  2. Betawi Guru: Pak Jambak
  3. Sanggar Bunuh Guru: Bojeng Drahman
  4. Seribu Satu Guru: Jony Kok
  5. Hailam Laut Guru: Cik Bako
  6. Hidayah Melayu Guru: Pak Dahlan
  7. Merifat Guru: Dayang Meriam
  8. Pukulan 12 Guru: Hj Yaman
  9. Pukulan 7 Guru: Pak Nawi
  10. Pak Untah
  11. Usop Jol
  12. Pak Tahir

Saturday, 5 October 2013

Silat Sendeng Betawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Sendeng Betawi ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Selangor. Perguruan ini diasaskan oleh Shamsudin bin Roslan berdasarkan aliran silat yang dipelajari beliau iaitu Silat Jawa dengan Basiron di Sabak Bernam, Silat Rencong 9 dengan Jailani di Tanjung Karang, Silat Sendeng di Batu Pahat, Silat Harimau Al-Haq di Lorong Pacitan, Singapura, di Pulau Karimun, Indonesia, dengan Kiyai Mustapha, Silat Betawi di Betawi, Indonesia, Silat Sendeng dengan abangnya, Silat Sendeng Selewar dengan Alang Ardi di Puchong dan kebatinan dengan Pak Daim di Serdang.

Sukatan pelajaran

Silat ini mempunyai Jurus Satu dan Dua serta 6 Bunga. Ia mempunyai 13 buah pukulan yang setiap satunya dipecahkan kepada 9. Murid yang terpilih akan diajar buah nombor 10. Senjata tradisional yang diajar adalah keris, pisau, parang dan tekpi.

Silat dalam masyarakat Melayu adalah satu kaedah dalam mempertahankan diri yang digunakan oleh seluruh masyarkat Melayu dahulu kala. Boleh dikatakan semua umat Melayu lelaki tahu dan mahir dengan ilmu silat. Lelaki yang berumur belasan tahun sudah didedahkan dengan ilmu persilatan sebagai satu bentuk pakaian diri bagi menghadapi kehidupan dimasa hadapan. setiap pemuda yang ingin merantau perlu melengkapkan diri dengan ilmu persilatan terlebih dahulu dalam ikhtiar mengharungi cabaran dan dugaan dalam dunia perantauan dimana tiada seorang pun mampu menduga apa yang bakal tiba.

Jika diperhatikan pada masa kini, golongan yang masih mengamalkan ilmu persilatan ini adalah mereka yang bergelar perantau daripada negara jiran Indonesia. Kebanyakan daripada mereka telah melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan buat bekalan di rantau orang. Dengan itu, mereka tidak gentar dan sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan kepayahan di negara orang kelak. Sedangkan anak muda tempatan kita masih lemah dek kerana jahil dengan ilmu sebegini kerana tanggapan mereka yang menganggap ia bukanlah satu keperluan pada zaman serba moden dan canggih selaras dengan keadaan Malaysia yang aman dan makmur. Dek kerana pandangan skeptikal inilah satu bentuk penjajahan secara tidak langsung telah menular dalam kalangan masyarakat Melayu kini. Natijahnya, anak muda kini tiada pegangan, hilang hala tuju dan jati diri yang mantap. Kekurangan ilmu terutama ilmu bela diri warisan pusaka bangsa mengakibatkan pemuda dan pemudi Melayu sendiri tiada identiti Melayu dan tidak kenal akan kehebatan bangsa yang pernah menjadi satu kuasa besar dunia.

Salah anggapan perihal keperluan mempelajari seni silat juga membuatkan anak Melayu alpa dan tidak bersedia menghadapi apa jua kemungkinan peperangan pada masa hadapan. Inilah sebenarnya kejayaan penjajah menghapuskan ilmu-ilmu yang pernah mengatasi segala kecanggihan senjata-senjata mereka semasa era penjajahan suatu ketika dahulu. Adalah satu kebenaran yang amat nyata iaitu bangsa asing amat takut dengan golongan pengamal ilmu persilatan kerana sedia maklum tentang ketinggian ilmu dan kemampuan golongan ini ketika terdesak dimana terbukti semasa Peristiwa 13 Mei. Oleh itu, pelbagai kaedah digunakan bagi menyekat penyebaran ilmu yang boleh menyekat niat mereka menguasai Tanahair ini.

Dalam ilmu persilatan terkandung pelbagai ilmu sampingan yang sebenarnya menjadi tulang belakang dan kekuatan pada sesuatu ilmu silat tersebut. Sememangnya silat adalah bertujuan mempertahankan diri, negara, bangsa dan agama keagamaan  Maka, ilmu silat dan ilmu sampingan yang ada didalamnya merangkumi segala aspek yang diperlukan. Kebiasaannya, ilmu silat disertai teknik pernafasan, senaman untuk kesihatan, ilmu perubatan dan paling penting adalah intisari agama. Sekiranya dikaji secara mendalam, kita akan dapati bahawa ilmu persilatan dibawa dan diasaskan oleh tokoh-tokoh keagamaan hasil daripada penghayatan kerohanian yang tinggi dalam ilmu keagamaan. Mereka yang benar-benar faham akan kepentingan ilmu persilatan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara pastinya sentiasa menggalakkan para murid menuntut ilmu persilatan sebagai kaedah pertahanan.

Sepertimana dalil hadis nabi SAW:

"Ajarkanlah anak-anak kamu menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang" dan  "Hendaklah kamu bersiap-sedia dengan sekuasa-kuasa bagimu......." 
Surah Al-Anfal, ayat 60

Terdapat juga kalangan tokoh keagamaan yang arif menjadikan ilmu persilatan sebagai satu wadah mendidik golongan muda mudi mendekati agama. Sudah menjadi suatu lumrah bagi muda mudi untuk menjurus kearah mencari satu kehebatan dan kemegahan dengan ilmu silat, maka jalan ini digunakan oleh para ulama untuk mendekati dan menarik golongan ini ke jalan yang betul.


Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget