Friday, 30 August 2013

Silat Melayu Keris Lok 9


Serba sedikit tentang SILAT MELAYU KERIS LOK 9....
GataKiriBa




Silat ini diasaskan oleh Azlan Ghanie yang berasal dari Pahang. Beliau juga mengasaskan senaman tua yang mampu membantu mengekalkan kesihatan dimana focus senaman ini tertumpu pd otot-otot kecil yg menjadi support otot-otot besar.

Silat ini tidak seperti kebanyakkan silat lain. Silat ini tidak mempunyai peringkat bengkung. Bengkung Cuma warna hitam dimana terdapat bengkung ibu dan bengkung anak. Bengkung ibu lebarnya lebih kurang sejengkal dan panjang 2 kali panjang pesilat. Bengkung ibu dililit manakala bengkung anak yang lebarnya panjang jari telujuk dan panjangnya kurang sedepa diikat diluar bengkung ibu. Di bengkung anak inilah tempat menyelit senjata. Bengkung ibu sebenarnya berfungsi untuk menjaga perut dan tulang belakang.




Walaupun tidak ada peringkat bengkung, tapi peringkat dalam silat ini diukur pada ilmu iaitu Lok 1, Lok 3, Lok 5, Lok 7, Sembah 1-9. Jika diikutkan, setelah tamat semua peringkat akan diadakan ujian kemudian barulah layak untuk mengajar. Namun trend seperti sudah berubah. Terdapat sesetengah yang peringkatnya baru Lok 3 namun permainan seni, adat, adab dan beladiri lebih mantap dari peringkat yang tinggi. Hal ini menyebabkan ada sesetengah yang membuka gelanggang pada peringkat yang rendah.

Namun yang penting dalam silat ini adalah PETUA, ADAT dan ADAB. Oleh sebab itu silat ini tidak mengajar pelatihnya menendang. Cuma teknik tangan dan petua yang dipegang ternyata mampu menghadapi musuh walaupun lebih dari satu.

Dalam silat ini, bagi yang baru, akan dimahirkan Lok 1 dan teknik tangan kosong. Setelah itu barulah bersenjata. Semua senjata Melayu boleh digunakan jika anda faham PETUAnya. Peringkat yang dinyatakan diatas adalah tari. Setiap tari tersebut ada namanya. Tiada silibus. Teknik hanya pecahan dari PETUA.
Semasa silat ini mula diperkenalkan oleh Azlan Ghanie, terdapat syarat bagi sesiapa yang ingin belajar silat ini. Syarat tersebut antaranya ialah seseorang itu hendaklah ada pengalaman dalam silat selama 8 tahun. Tapi kini ia terbuka kepada semua golongan.

Seperti silat dan beladiri lain serta bersukan, kita perlu memanas dan merenggangkan badan. Istimewanya dalam silat ini, terdapat SENAMAN TUA. Jangan sangka senaman ini hanya untuk orang tua atau yang tak mampu melakukan senaman berat. Senaman ini dapat membantu memulihkan sakit-sakit sendi dan terdapat yang berjaya mengubati resdung dan leukemia. Senaman yang tertumpu pada otot-otot kecil ini memang banyak membantu. Terdapat buku dipasaran berharga RM 45 yang boleh juga ditempah dari Azlan Ghanie (M) Sdn Bhd. Buat pengetahuan, silat dan senaman tu ini telah pun dikenali di luar Negara dan ada yang sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk belajar.

( Nukilan adalah datang dari hati dan pengetahuan yang saya tahu. Jika ada salah silap mohon maaf dan sila perbetulkan. ) 

8 konsep Tangan Melayu dalam Silat Melayu Keris Lok 9 :

1- Buku Lima
2- Segenggam Padi
3- Kuku Rimau
4- Parang
5- Renjis / Sengat Anak Lipan
6- Alun Air / Penampar / Angin Kuncup
7- Tempeleng
8- Cucuk Sanggul

Pantun Pendekar

Tari Silat Suatu Cerita
Hidup Dan Mati Bukti Taruhan
Perinya Indah Namun Gempita
Tujuan Menegak Kebenaran

Hidup Dan Mati Bukti Taruhan
Ruh Dan Jasad Tumpuannya Satu
Tujuan Menegak Kebenaran
Itu Resmi Pendekar Melayu

Ruh Dan Jasad Tumpuannya Satu
Pada Yang Satu Ilahi Rabbi
Adat Dan Adab Menjadi Laku
Allahumma, Ridhoka Matlubi

No comments :

Berita Panas Hari Ini.....

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI....TERIMA KASIH

Get widget